"ALLAH tidak pernah berjanji kepada sesiapa yang ta'at dan patuh kepada-NYA akan bahagia dan senang di dunia yang sementara, tetapi Dia berjanji kepada sesiapa yang ta'at dan patuh kepada-NYA akan bahagia dan senang di akhirat yang kekal selama-lamanya..."
Selasa, 1 Mac 2011
Kembara Roh
Selepas roh dicabut dari tubuh manusia,dia disambut oleh dua Malaikat yang sangat cantik wajahnya,yang berpakaina indah dan berbau harum.Kemudian roh itu bibalut dengan sutera dari syurga.Roh tersebut diangkat ke langit.
Apabila tiba di langit yang pertama,malaikat pembawa roh memperkenalkan diri,kemudian menyebut nama roh tersebut.Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebut sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya.Lagipun katanya,roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.
Di pintu langit yang kedua,roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna.
Ketika sampai di langit ketiga,malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia.Ketika hidup,rohnya ini sangat berhati-hati tentang harta-hartanya,iaitu mencari harta yang halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata-mata.
Di langit keempat,malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika di hidup.Di langit yang kelima,malaikat menyambut roh tersebut dengan hormat kerana hajinya yang mabrur.Dia telah menyempurnakan hajinya kerana Allah SWT dan bukan untuk bermega-megah.
Ketika di langit keenam,malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yang taat akan ibu dan bapanya.Hati mereka berdua tidak pernah terguris.Dan dia sebagai anak juga tidak prnah menderhaka.
Di langit yang ketujuh,roh disambut dengan gembira kerana inilah orangnya yang sanggup bangun di tengah malam untuk bertahajjud ketika orang lain sedang lena tidur.Orang ini juga selalu menjaga hak anak-anak yatim di sekeliling ketika hayatnya.
Setelah melepasi langit yang ketujuh,roh yang berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama 'suradiq'.Semua roh orang Mukmin ditempatkan di sini.Roh disambut dengan gilang-gemilang di sini.(Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah)
Langgan:
Catatan (Atom)