Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah...
kerana kasih sayang ALLAH SWT,kita masih lagi bernafas di muka bumi ini..
hari ini..dah masuk hari yang ke-15 Ramadhan..
sekejap je dah nak akhir fasa Ramadhan yang ke-2...
untungnya kita dapat merasai Ramadhan...kerana awalnya diberikan rahmat,pertengahan diampunkan dosa dan akhirnya dibebaskan dari api neraka..
Subhanallah...
Maha Suci Engkau ya ALLAH,Tuhan yang berkuasa atas segala2nya..
Lama sudah ana tak tulis sesuatu benda yang baru kat blog ini..
maksudnya yang berunsur ilmiah...
tapi hari ini..suka ana nak kongsi buat sahabat-sahabat semua akan amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..
**************************************************************************
Puasa seperti yang kita tahu dari segi bahasa ertinya 'menahan'.
Semua perkara atau perlakuan yang 'ditahan' (haram) semasa berpuasa hakikatnya bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.
Latihan berlapar pada siang hari perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas.
Antara pakej latihan itu ialah solat tarawih,membaca al-Quran,memperbanyakkan sedekah,beriktikaf di masjid dan qiamullail.
Antara sunnah Rasulullah SAW dalam berpuasa adalah:
1.Memantapkan Niat
Kita wajib berniat puasa sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar,maka tiadalah puasa baginya."
(Riwayat Imam al-Dar Quthi dan al-Baihaqi)
2.Melewatkan Makan Sahur
Nabi Muhammad SAW melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh (fajar).Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab sahur sehingga hampir fajar,begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan sedang berkumandang.Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludah air.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu mendengan azan sementara piring sudah di tangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya."
(Riwayat al-Hakim)
3.Meninggalkan menipu,Percakapan kotor dan Karut
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan menipu dan beramal dengannya,maka tidaklah ALLAH SWT berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya."
(Riwayat al-Bukhari)
Baginda juga bersabda yang bermaksud;
"Bukanlah dari itu,dari makan dan minum,namun puasa adalah menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah,maka jika seseorang memaki atau menyakitimu,maka katakan:'Sesungguhnya aku sedang berpuasa.'
(Riwayat Ibn Khuzaimah,hadis sahih)
4.Tidak Berlebihan Dalam Berkumur
Rasulullah SAW berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu Baginda sedang berpuasa,akan tetapi Baginda tidak melakukannya secara melampau-lampau.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berlampau-lampau semasa memasukkan air ke dalam hidung."
(Riwayat Abu Daud,hadis sahih)
5.Tidak Bercumbu dengan Isteri Jika Tidak Dapat Menahan Diri
Aisyah R.H.A meriwayatkan Rasulullah SAW pernah mencium dan Baginda sedang berpuasa,Baginda pernah bercumbu dan berpuasa,akan tetapi Bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian.(Muttafaq 'alaih)
Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda,kecuali yang tua.
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri."
(Riwayat Ahmad,hadis sahih)
6.Menyegerakan Berbuka Puasa
Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi SAW tetapi larangan bagi kaum Yahudi dan Nasrani.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa."
(Muttafaq 'alaih)
7.Berpuasa dan Tidak Meninggalkan Solat
Sesiapa yang meninggalkan solat,maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam rukun-rukun Islam selepas tauhid.Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat.Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung padanya.
8.Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawih
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ikhlas,maka ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."
(Riwayat al-Bukhari)
9.Membayar Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan amalan fardu,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas manusia."
(Muttafaq 'alaih)
10.Memperbanyak bacaan Al-Quran
Ramadhan bulan yang sangat mulia kerana di dalamnya diturunkan al-Quran iaitu kitab hidayah dan panduan kehidupan manusia semasa di alam dunia serta syafaat di alam barzakh dan alam akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang di hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya (pembacanya)."
(Riwayat Muslim)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah kepada manusia dan juga penjelasan kepada sebahagian daripada hidayah dan sebagai pemutus kepada kebenaran dan kebatilan..."