DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Syukur Alhamdulillah,kita masih dipertemukan lagi pada kali ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia,kekasih ALLAH SWT,iaitu Rasulullah SAW serta para sahabat...
Hari ini ana habis kelas agak awal daripada yang biasa..
memandangkan banyak masa terluang di bilik,tergerak juga hati ini untuk menyelak buku ilmiah yang ana bawa ke sini sebagai pemantapan Iman yang semakin pudar ini.
Tertarik dengan tajuk 'Khalwat Dalam Grup Studi' yang dikarang oleh USTAZ MOHD AZRUL ISMAIL dalam ruangan TANYALAH USTAZ di dalam buku GEN-Q.
Tajuk ini membahaskan tentang memahami batas pergaulan antara bukan muhrim.
Memang tidak dinafikan,pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak terlepas bagi sesiapa yang bergelar seorang pelajar mahasiswa/i yang mana dalam studi grup terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan.
Islam sebenarnya indah dan sempurna.Di dalamnya,telah digariskan syariat bagaimana cara-cara seorang lelaki mahupun perempuan berhubungan sesama sendiri.
Islam tidak melarang umatnya berurusan sesama manusia,lelaki dan wanita.
Namun perlu diingat bahawa ada garis panduan syarak dalam setiap perkara.
Setiap suruhan dan larangan ALLAH SWT ada kebaikan untuk kita sebenarnya.
Antara yang diulas oleh Ustaz tersebut adalah:
1.MENJAGA PANDANGAN DARI KEDUA BELAH PIHAK.
Kita tidak boleh melihat aurat,tidak boleh memandang dengan syahwat,dan tidak memandang tanpa ada keperluan.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.Katakanlah kepada wanita yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya."
(Surah al-Nur:30-31)
2.MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DAN SOPAN.
Memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh selain muka dan pergelangan tangan.Selain itu tidak boleh juga memakai pakaian yang nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah al-Nur:31)
Menurut ulama kontemporari,Syeikh Yusuf al-Qadrawi,yang dimaksudkan dengan 'perhiasan perempuan' dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah,rambut,potongan badan ataupun buatan seperti pakaian,perhiasan dan sebagainya.
3.MEMATUHI ADAB-ADAB MUSLIMAH
*Dalam percakapan:menghindari perkatan yang merayu dan membangkitkan rangsangan.
*Ketika berjalan dan bergerak:tidak boleh memancing pandangan dengan lenggang-lenggoknya.
*Jangan sampai ber'tabarruj' iaitu berhias secara berlebih-lebihan.
*Menjauhkan diri daripada bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah,bukan di jalan dan semasa pertemuan dengan kaum lelaki.
*Jangan berdua-duaan tanpa disertai mahram.
****************************************************************************************
~والله اعلام~
*copy n paste from
majalah GENERASI AL-QURAN KREATIF (GEN-Q)
MANUAL REMAJA BERTAQWA ISU 02*