Khamis, 17 Februari 2011

Kasih Nabi Muhammad SAW kepada umatnya...

Alhamdulillah,Ya Allah....
Engkau masih beri nikmat untuk aku menikmati segala nikmatMu..,
hari ini ikut umi pergi kerja..
sajejer kot, kat rumah sorang-sorang sunyi pulak..
nasib baiklah dua hari semalam Filzah teman kat rumah..
terima kasih ye,Filzah =)

Pagi ini,sambil tolong umi buat kerja,
ambil kesempatan dengar radio IKIM..
Alhamdulillah,tajuk sungguh menarik sekali...
Rasulullah SAW Qudwah Hasanah..
dapatlah jugak sebagai halwa telinga di pagi hari Jumaat ni..
ditambah pula dengan buku yang baru sahaja ana baca...
Kerana-Mu aku Berubah..karya Ruhana Zaki..
Subhanallah,indahnya akhlak Baginda SAW..,
tajuknya:Cinta Nabi kepada umatnya..
nak kongsila apa yang ana dah baca..

Erm,,
walaupun 12 Rabiulawal sudah pun berlalu,,
tapi,aura maulid Nabi SAW amat terasa sekali...
siapa yang tak kenal junjungan mulia Nabi Muhammad SAW?
Bagindalah yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa cahaya kebenaran buat seluruh umat..
Baginda jugalah yang telah membawa keluar dari kepompong jahiliah..


Nabi kita,
memang tidak dinafikan
merupakan seorang lelaki yang paling segak,tampan dan perkasa.
Perwatakan Baginda,serta penampilan Baginda amatlah sempurna..
Jika mahu,Baginda boleh meminta kekayaan daripda Allah SWT,
tetapi oleh kerana sifat zuhud,tawaduk serta bersyukur Baginda amat tinggi...
Baginda lebih selesa hidup dalam keadaan sederhana,malah ada ketikanya hidup dalam kemiskinan..

Ketika Baginda berbicara,amat manis tutur katanya..teratur,ringkas tapi jelas...
Baginda juga akan memberi perhatian kepada orang yang bercakap dengannya..
Antara keistimewaan Baginda adalah tidak pernah mengumpat,mengeji,mencerca
atau menghina orang lain,malah sentiasa bersangka baik dan tidak membenci walaupun pernah ditentang..

Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling sabar ketika menghadapi ujian.
Antaranya,ketika Baginda dilempar batu ketika menjalankan dakwah di Thaif,
bukan sahaja dilempar batu,malah dihina dan dicaci dengan kata-kata kesat..
Walaupun Baginda diperlakukan sebegitu rupa,Baginda tetap berdoa:
"Ya ALLAH..berikanlah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak 
mengetahui (jahil)."

Ketika dalam kesusahan sekalipun,
Baginda masih mahu membantu orang lain.
Tidak pernah Baginda mengambil rezeki  lebih daripada keperluan diri dan ahli keluarganya..
Rezeki yang lebih sering digunakan untuk jihad Fisabilillah.
Baginda tidak berasa hina mendampingi orang miskin.


Subhanallah,sungguh indah akhlak Baginda...
Sebenarnya.masih banyak lagi keperibadian Nabi Muhammad SAW..
itu sahajalah yang ana dapat ringkaskan...
cuma,
ana nak ceritakan saat perpisahan Baginda di akhir-akhir hayatnya...

Baginda mula sakit sekembalinya dari perkuburan Baqi' pada Bulan Safar tahun 11 Hijrah.
Ketika itu,Baginda berada di rumah Saidatina Aisyah.
Ketika suhu badan Baginda meningkat,
Baginda meminta badannya dibasahi air.
Pabila kesakitannya agak reda,
Baginda keluar berkhutbah kepada para sahabat.
Dengan suara yang terbatas Baginda berpesan:

Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH SWT 
dan kasih -NYA.
Kuwariskan dua perkara kepadamu,yang kamu tidak akan sesat jika berpegang dengannya,
iaitu al-Quran dan sunnahku.
Barangsiapa yang mencintai sunnahku,bererti dia mencintai aku
dan kelak orang ynag mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku..

Pandangan Rasulullah SAW tenang...
Namun hati para sahabat mula bergolak.Mereka tahu.
Pandangan Saiyidina Umar turun naik dan sedu sedannya.
Saiyidina Uthman menghela nafas panjang manakala 
Saiyidina Aili menundukkan wajah.
Isyarat sudah datang,masanya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua."Itu yang mereka tahu.
Itu yang dapat mereka tafsirkan setelah mendengar khutbah wasiat daripada penghulu segala nabi itu...

Subhanallah,sayangnya Baginda pada umatnya..
sampaikan di akhir-akhir kewafatan Baginda..
tetap mengingatkan kita sebagai umatnya...

Rasulullah SAW meniggalkan kita semua pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal 11 Hijrah.
Baginda wafat ketika berusia 63 tahun.
Walaupun Baginda sudah tiada,
tetapi nur Islam tetap bersinar ke seluruh alam.
Itulah rahmat dan barakah yang dibawa oleh Baginda.

Berkata Jibril a.s.:
"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah melarang para nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu.
Dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.

Berbahagialah kita yang telah menjadi umatnya yang terpilih daripada kalangan umat-umat nabi yang terdahulu..




Ya Rasulullah,andai dapat kutatap wajahmu......='')







Tiada ulasan:

Catat Ulasan