Assalamu'alaikum semua..=)
hari Jumaat lepas, 20/4 hari tu..
kami sekelas membuat lawatan industri ke Jamirah Food Industries (M) kat Sepang..
Ini adalah salah satu assignment yang mana kami dikehendaki membuat report terhadap sesebuah organisasi industri tersebut.
sampainya di kilang tersebut..rasa macam jakun pulak..
ye lah, bukan pernah dapat lawat industri macam ni..
kalau ada pun masa zaman sekolah dulu-dulu..itu pun sebab ada lawatan sambil blajar..
lama dah, dah tak ingat bile..
lani dah tak dah, siap kene buat report lagi..
ana cerita la serba-sedikit Jamirah Food ni macam mana..
mana tau kan kot-kot dapat pergi lawatan kat sana kan..
heheh..=)
Jamirah Food Industries ini adalah salah satu industri kecil dan sederhana (IKS) di Sepang yang membuat perusahaan kerepek. Pada mulanya ia ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai perniagaan kecil-kecilan atas kerjasama ahli keluarga dan mendapat penghargaan daripada Persijilan Ladang Malaysia sebagai salah satu amalan pertanian yang baik sekaligus diiktirafkan sebagai sdn.bhd pada tahun 2004. Bahan asas pembuatan kerepek adalah ubi keledek, pisang dan kentang.
Kat dalam tu, macam2 jenis kerepek ada..antaranya adalah kerepek ubi pedas, kerepek bawang, keledek, pisang, kacang pis dan lain2 lagi..
meja ni disediakan untuk pengunjung dan pembeli yang ingin merasa kerepek..
time ni lah diorang ni berebut nak makan..
hehe, lawak betol..=p
selesai menemuramah tuan punya kilang tersebut, kami diajak ke bahagian pemprosesan bahan2 kerepek di bahagian belakang..kilang ini amat menitikberatkan soal kebersihan, sebabnya kami dikehendaki memakai selipar untuk masuk ke bahagian proses pembungkusan, pengupasan dan penggorengan.
Selesai je temuramah, kami diajak untuk ke kawasan pemprosesan kerepek. Bermula dari proses pengupasan, pemotongan, bahagian memasak, dan pembungkusan semuanya diterangkan secara detail.
Selepas ronda2 kat bahagian belakang, kami pun kembali ke bahagian hadapan iaitu tempat jual beli kerepek..
Agak banyak juga la jenis kerepek yang dijual sampai tak tahu nak pilih yang mana.. =p
Ada yang dalam plastic, ada juga yang berpeket-peket.
Harganya agak berpatutan, kira sesuai la dengan perasa dan saiz kerepek tersebut..
Em, apalagi borongla kami masing-masing dengan pilihan kerepeknya..
Tapi ana just pilih satu je,
Kerepek bawang kot..selebihnya beli air berkarbonat, terliur pulak tengok air tuh..boleh tahan sedap..hehe ;D
Usai sahaja beli-belah kerepek kat situ, kami pun mengambil gambar untuk kenangan bersama..
Heheh, rasa macam meriah dibuatnya..;)
Naik bas masing-masing buka palstik kerepek yang dibeli..
Haha, lapor punya pasal cepat je habis kerepek tu..tak kisah la perisa apa..
Masing-masing pemurah bagi rasa kerepek dan air..
Terima kasih banyak2 la ye kepada sesiapa yang menyumbang..
Kenyang oden..Alhamdulillah ;D
Tak lama lepas tu suasana dalam bas sepi seketika,
Rupa-rupanya enak dibuai mimpi, terlena tidur..
Penat kot, kesian diorang..
Tapi ana tak lah, bukan nak kata apa..jarang dapat jelajah negeri orang ni..
Memang tak tidur lah jawabnya, asyik tengok pemandangan je..
Lagipula kat dalam kawasan pendalaman..
Best sangat ;)
Tapi kan dalam masa yang sama perut ni berkeroncong jugak,
Alahai..mana la nak cari makanan ni..
Tibe2 pemandu bas tu tanyalah kan mane tau nak pi mana2 ka?..
Ana diam je, al-maklumlah tak tahu-menahu selok-belok kat Selangor ni..
Ada la seorang sahabat ajak pi kat pantai..
Wah, dalam hati best lah tapi tak tahu lagi kan dapat pergi ke tak..
Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak ke destinasi yang nak dituju..
Kat Pantai mane entah, lupa kot..hihihi
Tapi best, dah lame lah tak dapat bersiar-siar dengan kawan lagi-lagi dengan family..rindu, huhu ;(
Tapi sebelum tu, kewajipan kepada ALLAH SWT tidak kami lupakan..
Apa-apa hal pun solat asar dulu..itu yang afdal ;)
Alhamdulillah, selesai solat kami terus pergi ke gerai makanan yang berdekatan..
Masing-masing lapor, macam-macamlah yang dipesan..
Alahai, ada je ragam diorang ni..lawak ;D
Habis je makan, kami pun ke pantai untuk ambil angin..
Subhanallah, cantiknya..^_^
Masya-ALLAH ;)
rasa macam nak duduk je kat sini lama-lama..
Ya ALLAH, kerdilnya hamba-MU ini…;(
Kata orang kalau nak muhasabah diri kita kene tengok pantai atau laut, tak pun pergi ke hutan lihat alam ciptaan ALLAH SWT..
Err, ye ke? Tak pasti pulak..tapi dengarnye macam gitu lah..hihi ^_~
Kesempatan ini, ada la jugak gambar kenangan kat pantai..
Suka tengok diorang..seronok dibuatnya..
Mungkin nak hilangkan stress n tension kot kat U,
Ye lah..macam2 assingnment kitorang kene buat..
Biaselah, adat seorang pelajar..
Tak terlepas dari tanggungjawabnya..
Dan setiap orang pun ada tanggungjawabnya masing-masing..
Tak kisah la pelajar ke, ataupun siapa.. ye tak? hehe ;)