Jumaat, 5 Ogos 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat ana semua..semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati akan kematian..sesungguhnya kematian itu pasti akan berlaku bagi setiap yang bernyawa di dunia ini..

**********************************************************************************************************

 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
 
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. 

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
 

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

MUTAKHIR
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari ALLAH SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat ALLAH SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan ALLAH SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

p/s:ALLAH....aku tak tahu bila tarikh kematianku akan datang...moga diri yang lemah ini tidak terlalu cintakan dunia dan takut mati....hindarilah aku YA ALLAH...


  

Khamis, 28 Julai 2011

Jika Ramadhan ini terakhir buatku.....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Apa khabar Iman anda hari ini??
diharapkan sentiasa bertambah Iman dan amal seiring dengan bertambahnya umur kita..InsyaALLAH,Amiiin...
tanya pada diri...

"Apa khabar Imanku hari ini??"

"Alhamdulillah...tapi..macam kurang ok je..."

"Kurang ok??macam mana boleh jadi macam tu??"

"Cuba tanya diri kamu sendiri...amalan apakah yang kamu buat sepanjang bulan Rejab dan Sya'aban ini??"

(berfikir sambil buat checklist apa yang dibuat)

"Err,tak banyak amalan pun....lagi berkurang adalah..."

"Em,mungkin sebab itulah keadaan Iman kamu macam ini...kurangnya makanan rohani untuk diri kamu....amalan beribadah ni bukan setakat buat sahaja,malah kena beristiqamah..ALLAH SWT amat menyukai amalan yang sedikit tetapi dibuat secara berterusan... "

"Astaghfirullah,patutlah sejak akhir-akhir ini rasa macam sesuatu je..rupa-rupanya Iman aku berkurang rupanya...buat amalan pun belum tentu lagi diterima oleh ALLAH SWT..."

Ya ALLAH,andai Ramadhan ini kali terakhir buatku...jadikanlah hamba ini hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu..jadikanlah sisa-sisa hidup ini bertambahnya amal Ibadah kepadamu sebagai bekalan saham akhirat buatku..InsyaALLAH..Amiiiin....(>.<)


ESOK RAMADHAN
YANG MULIA DAN PENUH 
KEBERKATAN BAKAL MENJELMA

TERIMA KASIH ALLAH
KERANA MASIH 
MEMBERIKAN AKU NAFAS
BAGI BERTEMU RAMADHAN
PADA TAHUN INI.

TERIMA KASIH ALLAH
KERANA MENGURNIAKAN
PADAKU PELBAGAI NIKMAT
MESKIPUN AKU SELALU
LEKA DAN ALPA
UNTUK BERSYUKUR
DAN SUJUD 
PADAMU.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI
MENJADIKAN DIRIKU LEBIH DEKAT PADAMU..
AMIIIIIN....




ALHAMDULILLAH..^_^

Isnin, 25 Julai 2011

Kita tidak berdaya tanpa kuasaNya...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
...
Alhamdulillah....=)
hari ini agak letih sikit...ntah ye..agaknya penat berjalan hari ahad kelmarin tak habis2 lagi...
pagi2 lagi dah pening kepala...(biase dah)
dan pagi2 juga la kene pi rumah abang kat kluang..
huhu,
terpaksa gagahkan diri juga naik bas..
sampai je kat umah kakna...
badan macam terhuyung-hayang...
pening kepala yang amat2..
ya ALLAH
kenapa ini??
aku ada buat maksiat ke??
Astagfirullah...
mungkin ALLAH SWT nak ampunkan dosa aku..
Alhamdulillah...=)

Sebenarnya hati ini berat nak tinggalkan rumah..
ye la,kalau boleh nak je tolong umi buat kerja rumah..
tapi nak buat macam mana...
umi ayah suruh uruskan hal-hal berkaitan masa nak mendaftar nanti..
agak pening juga la memikirkan tentang tu...
nak buat akaun itu,akaun ini..
belum buat lagi  nak buat medical checkup
erm,...
dah kata nak masuk U,kene berkorban juga la..
Alhamdulillah...=)


Hari ni pun balik rumah dah nak Isyak..
letih ...bole tahan la..
tapi sempat aje main dengan anak kucing..
huhu,
tOmey,tOmey..
hilanglah la juga letihnya...
itu yang buat masih lagi online ni..
hehe..=p

Tak tau nak tulis tajuk apa...
blog ni macam diari pulak..
tapi tak semua la nak tulis...
certain2 je..
malu la nak tulis semua..
haihh...^_~

kepada kak zati..(tetiba je)
thanks a lot kak...
huhu...
faham2 je la ye..
tau dah akq mesti follow blog kita punya..
hehehe..
*ayat mamai*
minta maaf menyusahkan akq..
apa-apa pun...ana terima aje apa yang berlaku..
mungkin ada hikmah yang tersirat..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah 2:216)



....^_^...

Khamis, 21 Julai 2011

Dengan Izin-Nya....


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH SWT....
masih lagi diberi nikmat pinjaman yang sementara ini...


Minggu ni agak sibuk la juga...
ni baru je permulaan berniaga secara kecil-kecilan..
Walaupun tidak seberapa tapi syukur Alhamdulillah...
ada juga rezkinya..

Erm,
sekejap je rasanya dah nak habis bulan tujuh..
pejam celik pejam celik dah nak puasa...
akal ni terfikir jugak...
adakah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir buatku???
ya Allah...
apa amalan yang aku dah buat sepanjang bulan Rejab dan Sya'aban ni ye??
makin lama makin lalai aku dibuatnya..
Astaghfirullah,jauhkan aku ya Allah daripada terlalu cintakan dunia...

Eh,
hari itu lupa pulak nak cerita tentang UPU...
Alhamdulillah...nak dipendekkan cerita...
berkat do'a umi,ayah...dan semua orang yang mengenali diri ini...
akhirnya ana berjaya ditawarkan menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda di USIM...
Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga..
huhu,
tak mahu la nak berselindung-selindung ni..
akhirnya orang tahu juga kan kita belajar kat mana...

Orang pertama yang pastinya akan tahu dulu...
semestinya..umi dan ayah...
tapi hari itu,kat rumah abang...
jadi abang along dengan kakna la yang tahu dulu...
(apa punya ayat belit)
huhu,
tapi lepas itu..terus la telefon umi dengan ayah..
memang tepat sangkaan mereka,
umi dengan ayah selalu cakap...
mesti kat USIM je ni..
haaa,
tengok...begitu makbulnya doa umi ayah...
Alhamdulillah...
sebenarnya dalam hati ni suka..
ye la...boleh la selalu jenguk ana kat U nanti...
dekat aje...tak jauh pun...
*hooooraaay...haha*
(dasar anak nakal)


Berdasarkan surat tawaran yang dibagi melalui internet...
ana dapat tawaran yang memang tidak disangka-sangka akan dapat..
first2 tengok,huhu...cam tak percaya je..
betul ke aku dapat kos ni...???
ingat-ingat balik banyak yang ana mohon kos agama...
tapi...
Astagfirullah,pantas bersangka baik..
mungkin ALLAH SWT mahu yang terbaik buat aku satu masa nanti..
dan ALLAH SWT tahu kemampuan aku setakat mana...
mungkin aku tak cukup lagi tentang ilmu agama..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah...=)

Rasa gembira sangat-sangat bila tahu ramai sahabat-sahabat yang berjaya ditawarkan masuk U..
Alhamdulillah...ramai juga yang masuk USIM dan UIA..
ada juga yang dapat masuk UUM,UM,UKM,UPSI,dengan UNISZA...
tapi tak kisah,mana-mana U pun sama je dengan tujuan yang satu..
ingin menuntut ilmu sebanyak yang mungkin...
dan ingin berjasa pada agama,bangsa dan negara..

Erm,
panjang pulak celoteh malam ni...
ye la,dah berapa hari tak update..
jadi..banyak la cerita nya..
huhuhu...

Sebelum ana undurkan diri,
ingin ana kongsikan sebuah hadis buat amalan kita bersama...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"SESIAPA MEMBACA SELAWAT SEPULUH KALI PADA WAKTU PAGI HARI DAN SEPULUH KALI PADA WAKTU PETANG,MAKA IA AKAN PEROLEH SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abu Darda`)


Wassalam...~



Selasa, 12 Julai 2011

Bermulalah episod yang baru...~~

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...satu-satunnya perkataan yang tak pernah aku lupa untuk tetap bersyukur padaMu...

Hari ini,dah masuk 2 hari tolong abang along dan kakna kat kedai...
huhu,
penatnya macam sebulan keje...
padahal bukan berat sangat pun kejenya...
just kemas barang,...err,2 je kot...(lupa dah)
sedar2 je dah nak maghrib...lepas tu terus balik...
eh...
a'ah,baru ingat...temankan kakna uruskan perlesenan makanan...
itu yang buat tak tau jam pukul berapa...
huhu,apa la...

erm,
hari ini tak ramai pelanggan yang datang...
takpelah....mungkin diorang tak tahu akan kemunculan kedai makanan halal kat Kluang...
apa-apa pun...syukur Alhamdulillah...at least pun gembira dapat bantu sesama Muslim...
dapat tolong mereka untuk mencari makanan halal lagi suci dan bersih..
Sebabnya sekarang ini pun dah tak banyak makanan yang betul-betul disahkan kehalalannya...
Lagipun,apa-apa sumber makanan yang kita makan mestilah ada keberkatannya...
Barulah hidup kita berkat dunia akhirat..InsyaAllah...

Tadi,
selepas solat maghrib...
kawan abang datang...nak isi air kat dalam botol...
biaselah,semenjak abang along dah jadi ejen HIJRAH ni,ramai orang yang berminat untuk mencuba dan membeli salah satu penapis produk buatan Muslim...
Dah habis tengok barang kat kedai...ana pergilah kat kaunter tu untuk menguruskan pembayaran...(agak terkial2 jugak tangan ni tekan butang mesin tu,hehe)
lepas tu,kawan abang tu tanyalah kat ana...

"ni adik Helmi ea???"

"a'ah...adik dia...."(sambil senyum )

"darjah berapa ni???"

huhu,betul ke soalan ni untuk aku??(dalam hati)

pandanglah kakna,tergelak seketika...kakna yang tolong jawabkan...

"bukan sekolah lagi ni...dah nak masuk U dah ni...tengah tunggu result UPU..." (sambil tergelak kecil)

"oh,laa...rupanya...maaf la dik..ingatkan sekolah rendah lagi..."

"em,tak ada ap2 pun..."(senyum aje,faham dah..)hehe..~~


Erm,dah banyak kali orang cakap macam tu,huhu..
apa-apa pun,syukur Alhamdulillah...
tiap-tiap tahun masih lagi dapat duit raya...hehe..
ambil kesempatan dalam kesempitan (ayat apa ntah ni)

Eh,sedar tak sedar kejap je dah nak pukul 2 pagi dah...
ok lah...
time to sleep...
hehe..
esok nak bangun pagi nak pergi keje..
(tau pun nak bangun awal...)
dah la...
daa~~
Assalaamu'alaikum..=)




Isnin, 11 Julai 2011

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...tiada apa yang dapat aku gambarkan betapa besarnya rahmat dan kasih sayang yang Engkau curahkan buat hamba-hambaMu..
Terima kasih ya Allah...kerana kekuasaanMu dapat aku bernafas lagi di dunia yang fana ini...
Syukur Alhamdulillah,....
hanya itu sahaja yang dapat aku ungkapkan tanda kesyukurannku kepadaMu ya Allah....

Erm,
semua yang ada kat rumah ni dah tidur...
(memanglah dah tidur,dah memang waktunya...)
hehe,ana je masih segar matanya lagi...
malam tadi kami sekeluarga makan kat luar...saje je tu...dah lame tak makan sekeluarga berama-ramai...
habis makan,terus pi rumah abang along...umi dan ayah je yang balik ayer hitam...
sebelum balik tu,...sempat lagi umi dengan ayah wish selamat hari lahir...
huhu...tima kacey umi..ayah...^_^


Bila terkenangkan balik...
apa yang aku dah berbakti untuk umi dan ayah ea???
rasa macam tak ada buat apa-apa pun...
cuma satu je yang ana tak pernah lupa...
do'a dari seorang anak kepada umi dan ayah..
InsyaAllah...tak akan pernah lupa...
itulah satu2nya saham akhirat untuk umi dan ayah...

Hari ini,genaplah umur ana 19 tahun...
(kalau ikut tarikh Islam lebih dah 19 tahun ni)
tapi apa-apa pun..syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Allah SWT...
dengan kuasaNya,dapatlah kita menghirup udara pinjaman yang sementara ini...
kadang-kadang tu terfikir jugak..
banyak ke amalan yang aku dah buat selama ini???
nikmat yang Allah SWT kurniakan ini apa yang aku dah lakukan???


 ya Allah...
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang...
di hari kelahiran hambaMu ini...
hamba yang dhaif ini menyerahkan segala harapan kepadaMu...
jadikanlah sisa-sisa hidupku ini sebagai seorang hamba yang sentiasa taat akan suruhannMu,
sentiasa redha akan ketentuanMu...
meninggalkan apa yang telah dilarang olehMu dan RasulMu...

ya Allah,
jadikanlah hambaMu ini seorang yang tak akan pernah lupa akan Penciptanya
sentiasa mengingatiMu ketika susah mahupun senang..
dekatkanlah diriku kepadaMu,ya Allah...
hadirkanlah cintaku padaMu...
kerna aku tahu cinta Engkau tidak pernah menyepi...
terimalah aku sebagai salah seorang perinduMu dan pendamba cinta agungMu...
Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina dan banyak pula maksiatku padaMu...
Jangan sesekali Engkau sisihkan aku dengan kehinaanku ini...
Kembalikan aku ke pintu hidayahMu...
Aku mencintaiMu Tuhan...
Amiiin ya Rabbal Alamiiin...(>.<)


Alhamdulillah....dengan rahmatMu...terima kasih ya Allah...=)
Rinduku padaMu ya Robb...>.<

p/s:rasa terkilan sebab ada orang itu lupa birthday kita..huhu...takpla...dah lupa kot..

Jumaat, 8 Julai 2011

Kasih sayang itu fitrah


Bismillaahirrahmaanirrahim...
Alhamdulillah...puji-pujian hanya untukMu ya Allah..


Satu hari tu,macam biasela keluarga ana akan berkumpul setiap kali selepas makan..
masukla 2 ekor kucing yang mana memang amat-amatlah terlebih kemanjaannya..
Si Bulat naikla atas sofa...macam biasa..time dia mandi dan bersihkan badan..
Si Chiki  pulak ayah saje dengki,letak kat tempat Bulat berehat..nak tengok apa tindakan si Chiki ni buat...

Chiki:puk!..
kene cepuk dah si Bulat..cian2..
Si Bulat ni buat tak tau dah...teruskan mandinya...dalam hati tu..eh,sabar je la..
Chiki:tenung dengan mata yang tajam...sambil menunjukkan gigi taringnya yang putih berkilat..
Bulat:Maooowww...(masih lagi tak ada apa2 respon)..

Erm,lame benor la si Bulat ni nak bagi respond...nak tahu apa yang terjadi??
Tidak disangka-sangka,si Bulat terus je menjilat Chiki tadi...kalau nak diikutkan,nak aje tendang si Chiki tu jatuh...(hehe,jahat betol ayatnya..)

Chiki:???..(tergamam seketika)..terkejot kot..=p

Agak lame la jugak si Bulat ni tadi menjilat Chiki..huhu,sayangnya dia pada Chiki tu...dan akhirnya,tidur juga Chiki kat sebelah Bulat...

Subhanallah,kagum dan ta'ajub ana melihatnya...mana taknya,kucing pun punya perasaan sama seperti manusia..huhu,buat malu je kalau diri sendiri tak ada perasaan macam tu..Astaghfirullah...

ini sahajalah cerita yang ana nak kongsikan...tak menarik mana pun...tapi pada ana,kita dapat iktibar apa yang makhluk Allah SWT yang lain buat..ye la,kucing ni kan apa yang kita tahu..berakal tapi tidak dapat berfikir sesempurna manusia...sedangkan haiwan pun dapat berfikir macam tu lagikan kita manusia yang Allah SWT jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian..Subhanallah..Maha Suci Engkau Ya Allah..Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

Jadi,secara kesimpulannya marilah kita berkasih sayang antara kita semua dengan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita...tapi janganlah disalah tafsirkan definisi maksud kasih sayang tersebut...maksud ana,berkasih sayang mengikut syari'at yang ditetapkan dalam Islam..contohnya,kasih sayang antara mak dan ayah,serta keluarga...sesama sahabat handai pula...cukuplah sekadar sejantina sahaja...dikhuatiri pula akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..Na'uzubillah..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna Iman di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"


 huhu,tomey tak???
thanks to mr.Gooogle..=)



Khamis, 16 Jun 2011

Pengajaran buat diri yang alpa...


Bismillahirahmaanirrahim..

rasenye minggu ni ana banyak kali update blog..
ye la...kat rumah abang along...bolela tiap-tiap hari berinternet..
hehe,
terima kasih banyak-banyak ea abang along...
bagi fara tumpang berteduh kat sini..hehe,(ayat apa ntah)
thanks jugak kakna sebab bagi fara pinjam laptop...
huhu...

Em,
padi-pagi tadi ana ada bukak saluran Astro Oasis..
tup-tup terus ada siaran program Imam Muda...
waaaaaaaaaaaahhh...
bersemangat tu..hehe,
bukan bersemangat apa-apa pun...
just siaran ni menjadi saluran untuk ana timba ilmu dari apa yang Imam-Imam Muda pelajari...
dalam masa yang sama kagum jugak dengan semangat mereka..
ye la,orang-orang muda macam ni la dah tahu selok-belok tentang agama...
Subhanallah,
selalu tu terfikir la jugak...
sikitnya ilmu yang aku ada...berapa banyakkah ilmu yang aku sudah amalkan setakat ni?...
takut-takut je ilmu tu di akhirat nanti akan melaknat kita balik di akhirat nanti..
Na'uzubillahi min zalikk...
ya Allah,mintak-mintak dijauhkan...

**************************************************************

Ok,berbalik pada tajuk entri tadi...
program Imam Muda kali ini membawa mereka pergi ke sebuah penjara di Melaka...
Bila sebut je penjara,macam-macam perkara difikirkan,
ye la,penjara kan tempat orang-orang yang bersalah diberi hukuman...

Kebanyakan peserta-peserta Imam Muda menemubual banduan yang mana di kalangan mereka akan menjalani hukuman mati...
ya Allah,untung betul mereka dah tahu saat bila nyawa mereka akan ditarik...
Alhamdulillah...ada juga antara mereka yang sudah bertaubat dan sedang sibuk menambah pahala dengan beramal ibadat...
tapi ada juga sebaliknya...
masing-masing mahu menyalahkan takdir dan mengatakan Allah s.w.t. itu tidak adil..
ya Allah...ampunkan dosanya...
sesungguhnya mereka tidak mengetahui ada hikmah apa yang Engkau telah takdirkan..

yang ana jadi sedihnya...
ada dalam kalangan mereka yang difitnah sehingga dimasukkan ke dalam penjara..
Alhamdulillah,
untunglah bagi mereka yang redha atas apa yang terjadi...
dan ana kagum mereka tetap solat malam dan sentiasa meminta taubat kepada Allah s.w.t..

*****************************************************************

Subhanallah,
sungguh beruntung mereka yang dah tahu saat mereka dihukum sampai mati...
mereka tetap meminta taubat daripada Allah s.w.t.
tapi aku...
apa persediaan aku untuk menghadapi mati???
banyakkah amalanku untukku bawa ke sana???
ya Allah...
aku terlalu fikirkan keduniaan..
walhal,dunia itulah penjara bagi orang mukmin...
dan syurga bagi orang kafir...

ya Allah...Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu ini...
jadikanlah hati-hati kami sentiasa menuju ke syurgaMu...
matikanlah kami dalam iman...
jadikanlah setiap nafas yang masih berhembus ini sentiasa mengingatiMu...
jauhkanlah kami dari seksa api nerakaMu...
Amiiin Ya Rabbal Alaamiiin...='')






Rabu, 15 Jun 2011

Saya Sayang Ayah Saya...


Bismillaahirrahmaanirrahiim...
 
Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu Tuhan Yang Esa....
Engkau telah menganugerahkanku seorang ayah yang sangat penyayang buat keluargaku...

Hari Ibu dah lepas, lani hari bapa pun dah berlalu....
macam tak buat apa-apa suprise pun untuk umi dengan ayah..
aduhai,
terasa serba-salah la pulak...
maafkan fara ye umi..ayah..
huhu,
fara memang macam ni...
benda-benda penting pun bole terlupa..
apa ntah yang difikirnya...(ape ye?,ntahla)

Hari Ibu hari itu...satu hari dgn hari lahir ayah...
dapatlah wish terus dalam 1 hari dan dapat sambut 2 dalam 1...(ayat belit daa)
kesian ayah... Sedap-sedap tidur kat sofa ruang tamu, kami anak-beranak kejut...
hehe...
bukak je mata ayah,tup-tup ada kek atas meja...
"Selamat Hari Lahir ayah..=)"
nasib baik ayah senyum..(ikutkan nak marah je, ye la... Bangun tidur...)
ada kek.. Tak kanla nak marah kan ayah?? Kan2...=p

Eh,
panjang betul muqaddimah ni...
takpela... Tentang ayah jugak kan...

**************************************************************

Rase sedih apabila teringatkan pengorbanan ayah dulu..
mane taknya zaman kecik-kecik dulu amat-amatla manja dengan ayah...
anak bongsu la katekan, perempuan tunggal pulak tu...
apa-apa permintaan jarang sekali ditolaknya...

Ayah,
walaupun fara antara anak ayah yang paling nakal dan degil sekali (bak kata umi la..kecik-kecik mane ingat, hehe)
tiap-tiap hari ada je masalah yang fara buat...
fara bangga menjadi anak ayah...
kerana ketegasan ayah, fara jadi manusia macam sekarang...
terima kasih umi, umi dan umi..
terima kasih ayah..Dan terima kasih abang along..
kerana tanggungjawab kalian dalam memberi didikan agama kepada fara...
Alhamdulillah, fara tak lupa akan Pencipta dan Rasul-Nya s.a.w....InsyaAllah..

wah...sedih-sedih..huhu (>.<)
dulu mase duduk kat hostel fara selalu cakap sayang, rindu kat umi...jarang sekali fara ucap perkataan-perkataan tu pada ayah..nak tahu sebab apa? Fara maluuuu dan segaaan sangat-sangat dengan ayah...huhu, tapi ketahuilah ayah...fara akan tetap sayang dan rindu ayah sampai bila-bila...until die..InsyaAllah...

hehe,
kat sini berani la fara cakap... Tau dah, ayah mane la nak bukak tengok blog fara kan???
kalau tertengok pun... Biarlah ayah tau walaupun jarang sekali ayah dengar fara cakap macam tu..tapi fara nak ayah tau yang fara tetap sayang dan rindu akan ayah...
hik3...=p

Kepada umi yang tersayang...
walaupun fara tak edit catatan sempena hari ibu hari itu...tak bermakna fara tak sayang...
pada fara hari-hari adalah hari ibu... Eh tak, hari umi..hehe (saje je nak tukar)...
ketahuilah umi...
anakmu yang sungguh nakal lagi degil ni (dulu la,lani dah tak,InsyaAllah..)
akan tetap menyayangimu dan tidak akan melupakanmu walau sedetik pun...
kerana engkaulah insan yang terlalu banyak berjasa kepadaku dari kecil sampailah dewasa ini...
Terima kasih umi dan ayah..
tak lupa juga abang along...
Terima kasih banyak-banyak kerana banyak bersabar melayan fara...
maafkan salah silap fara dari bayi dulu sampai sekarang..
halalkan makam minum yang telah umi,ayah dan abang along beri pada fara..
huhu...
(air mata meleleh dah ni....>_<)


~ya Allah,ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku...sayangilah serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani aku...wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Amiin Ya Rabbal Alaamin....=)~

Khamis, 5 Mei 2011

~Sahabat~

 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Subhanallah,lama sungguh ana tak tulis kat blog...nak katakan busy memanjang tak adalah sangat,cuma tak berkesempatan nak bukak blog ni...gayanya macam orang yang bekerja,tapi habuk pun tadak...=p

Alhamdulillah,ya Allah..Engkau berikan nafas untuk aku mengecapi segala nikmat-Mu...walaupun aku tidak bertuah seperti orang-orang yang telah berjaya.Tetapi Alhamdulillah,dapatlah aku manfaatkan ilmu yang aku telah pelajari selama ini...Thanks a lot,Ummi..~

Ok,sebenarnya nak cerita bab lain...tibe2 menyimpang pulak..hehe,~~
actually,malam ni tak banyak cite la ana nak kongsi..mata pun dah lalok ni..>_<..
tapi ana nak cite tentang sahabat...~just simple je..


*************************************************************

.:SAHABAT:.


Erm,
sekejap je dah lima bulan tinggalkan alam persekolahan,rasa macam baru semalam je daftar masuk sekolah...
rindunya sahabat-sahabat seperjuangan dulu.Susah senang sama-sama tempuh..Lumrah hidup manusia,adakalanya terkecik hati,terguris perasaan...malah perselisihan faham tak terlepas dalam perhubungan persahabatan...

Nak dikisahkan,Alhamdulillah...ana masih dikurniakan sahabat yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan..
ya Allah,moga persahabatan kami kekal hingga ke syurga...Amiiin..

Teringat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak sempurna Iman di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)




Buat sahabat yang mengenali ini...
ana khususkan video ini khas untuk sahabat ana yang tersayang...
jalinan ukhuwah yang terbina selama ni takkan ana lupakan sampai bila2..InsyaAllah,..
walaupun ada yang tidak rapat sepanjang alam persekolahan,
tapi tetap ana hargai persahabatan ini...

ya Allah,berkatilah persahabatn kami ini dalam menuju redha-Mu...
Amiiiin,ya Rabbal A'laminnn..

  "Saling mencintailah hanya kerana Allah,
saling menyayangilah hanya kerana Allah,
saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
kerana hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan rasa cinta,kasih sayang dan kebahagiaan tersebut"



Kepada sahabat-sahabat ana,
sepanjang persahabatan kita ini...minta maaf andai ada yang tersalah bicara..tersinggung perasaan..
ana adalah hamba yang dhoif lagi kerdil di sisi Allah SWT...
tidak terlepas dari sebarang prasangka...
maafkan diri ini....=''')

SYUKRAN KASEER YA ASDIQOOI....(^_^)

Jumaat, 25 Mac 2011

Ibadah Ahli Syurga~...


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa'i,Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

                  Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w.,Baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang penghuni syurga."

                  Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya.Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.

                   Keesokan hari,Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama: "Akan datang seorang lelaki penghuni syurga."Dan muncul juga lelaki yang sama.Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.

                   Seusai majlis Rasulullah s.a.w. itu,Abdullah Bin Amr bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu.Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.

                   "Saya bertengkar dengan ayah saya,dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya.Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah bin Amr bin al-Ash kepada lelaki itu.

                     Abdullah diizinkan oleh orang itu untuk bermalam di rumahnya dan tidurlah di rumahnya selama tiga malam.Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penghuni syurga.Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.

                     Kata Abdullah: "Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir meremehkan amalannya,lalu aku berkata: 'Hai hamba ALLAH!Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya.Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda berkata tentang dirimu sebanyak tiga kali, 'Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.' Aku ingin memerhatikan amlanmu supaya aku dapat menirunya.Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu.' Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.'

                     Ketika aku mahu pulang,dia memanggilku sambil berkata: "Demi ALLAH amalku tidak lebih daripada yang engkau saksikan itu.Hanya aku tidak menyimpan niat buruk terhadap kaum Muslim,dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan oleh ALLAH atas mereka."

                     Lalu aku berkata, "Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki,inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu.Inilah yang tidak mampu kami lakukan." (Hikayat al-Shahabah  jil.2 hlm 520-521)

                     Hati yang tidak menyimpan perasaan dengki dan prasangka terhadap sesama Muslim pada zahirnya nampak sederhana.Tetapi ia adalah akhlak yang mulia,maka kedudukannya amat tinggi di sisi ALLAH SWT.




Rasulullah s.a.w. bersada yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik;walaupun ia lemah dalam ibadah."
(Hadis Riwayat al-Tabarani daripada Anas r.a.) 

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdulillah,akhirnya,..(^-~)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,,,
syukur pada-Mu Ya Allah....atas nikmat yang telah Engkau berikan...
nak dipendekkan cerita...
akhirnya ana lulus jugak test JPJ..
Alhamdulillah,Ya Allah...(^-^)
walaupun buat dua kali percubaan..
huhu..
malunya tak terkata..
mana taknya orang first yang balik dihantar oleh orang JPJ..
adoyai...
kat dalam dah lepas...
luar je..
Astaghfirullah,ada kesilapan yang patut ana perbetulkan...

Mula-mula teponlah umi...
alaaa...tak dapat nak sahut cabaran ayah...
tak mengapa..ada lagi percubaan yang ke-2...
selepas tu,tepon kakna pulak...
melekek-lekek ketawa...
alahai,
tak jadi ana nak sedih-sedih...
hehe..
thanks kak,,buat farah hilang sedihnya...hee..




************************************************************



Hari ni,
excitednya nak amek lesen P..
ye la,
jakun katakan...hehe,
tiba-tiba.......
terserempak pulak dengan orang yang pernah marah ana masa praktikal dulu..
aduhai..
senyum je la...
nak tegur,,,
malu la pulak..
apa-apa pun,bersyukur sangat-sangat..
disebabkan marah dia....
Alhamdulillah,ana dah berjaya dapat lesen P..
terima kasih ya cikgu..=)




**********************************************************

Masa mula-mula kena marah tu,
senyap je...
nak cakap,kata kurang beradab..
Erm,diam je la...
pusing-pusing,belajar pusingkan stereng...
Alhamdulillah..ok dah..
selepas tu,cuba la buat parking..
aduh,
3 kali terlanggar tiang...
maaf ye cik...
first time bawak kereta..
kelam-kabut nak tekan brek dengan imbangkan klac...

pergi pulak kat 3 penjuru...
pusing stereng sampai habis...
alahai...
lambat pulak..
baru sedar,
tanganku tidaklah sepanjang mana,,,
hehe...

Yang terakhir ni la yang ana lemah sikit...
kat tempat naik bukit...
bukan apa,
kena tekan minyak...selepas tu imbangkan klac
akhirnya menurun ke belakang,bukannya ke depan...
aduhai,kena marah lagi...
ya Allah,sabar ajela...dah salah sendiri...
huhu...,



*********************************************************** 


Sekarang ni...
Alhamdulillah,ya Allah...bersyukur sangat-sangat...
rasa macam tak sabar je nak bawak kereta sendiri...
aduh,
dah mula berangan ni....
hehe...


Tapi sebelum tu,
ana nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT NUR FILZAH..
huhu,
caaayaaaaaaaaaaaaang kamooooo..hehe.(^-^)
memang sudah Allah SWT tetapkan tarikh 16 Mac ni hari yang bertuah untuk ana..
Alhamdulillah..
hee..=)



Selasa, 1 Mac 2011

Far East Menanti Di Barzakh

Kembara Roh

Selepas roh dicabut dari tubuh manusia,dia disambut oleh dua Malaikat yang sangat cantik wajahnya,yang berpakaina indah dan berbau harum.Kemudian roh itu bibalut dengan sutera dari syurga.Roh tersebut diangkat ke langit.


Apabila tiba di langit yang pertama,malaikat pembawa roh memperkenalkan diri,kemudian menyebut nama roh tersebut.Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebut sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya.Lagipun katanya,roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.

Di pintu langit yang kedua,roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna.

Ketika sampai di langit ketiga,malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia.Ketika hidup,rohnya ini sangat berhati-hati tentang harta-hartanya,iaitu mencari harta yang halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata-mata.

Di langit keempat,malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika di hidup.Di langit yang kelima,malaikat menyambut roh tersebut dengan hormat kerana hajinya yang mabrur.Dia telah menyempurnakan hajinya kerana Allah SWT dan bukan untuk bermega-megah.

Ketika di langit keenam,malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yang taat akan ibu dan bapanya.Hati mereka berdua tidak pernah terguris.Dan dia sebagai anak juga tidak prnah menderhaka.

Di langit yang ketujuh,roh disambut dengan gembira kerana inilah orangnya yang sanggup bangun di tengah malam untuk bertahajjud ketika orang lain sedang lena tidur.Orang ini juga selalu menjaga hak anak-anak yatim di sekeliling ketika hayatnya.

Setelah melepasi langit yang ketujuh,roh yang berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama 'suradiq'.Semua roh orang Mukmin ditempatkan di sini.Roh disambut dengan gilang-gemilang di sini.(Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah)


Selasa, 22 Februari 2011

Opick-Hanya hamba Allah lirik

Rahsia setiap anggota wudhuk...



 Alhamdulillah,
syukur pada-Mu ya Allah...
dipermudahkan segala urusan...=)

ana ada bace dalam satu buku,
Kerana-Mu aku Berubah,karya Ruhana Zaki..
Alhamdulillah..
cukup memberikan pengajaran sesiapa yang membacanya...
bukunya banyak menceritakan tentang gadis muda remaja...
erm,
hari ini ana nak kongsi salah satu tajuk yang mana pentingnya  wudhuk kita sebenarnya,,
suka ana nak kongsikan buat tatapan semua,=)
antaranya ialah:


*Ketika berkumur,bisikkan dalam hati,'Ya Allah...ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.'
(Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa)

*Ketika membasuh muka,bisikkanlah,'ya Allah...putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini.'
(Ini kerana muka ahli syurga putih berseri-seri)

*Ketika membasuh tangan kanan,bisikkan pula,'ya Allah...berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kananku ini.'
(Ini kerana hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan Husnul Khatimah).

*Ketika membasuh tangan kiri,merintihlah dengan bisikan ,'ya Allah...janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiri.'
(Ini kerana pemberian tangan kiri bermaksud suul Khatimah)

*Ketika membasuh kepala,berbisiklah,'ya Allah...lindungilah dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu'
(Ini kerana terik matahari di Padang Mahsyar umpama ia berada sejengkal di atas kepala)

*Ketika membasuh telinga,bisikkanlah,'ya Allah...ampuilah dosaku ini,hindarilah aku daripada mendengar perkara-perkara yang tak elok.'
(Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah,umpat dan hasutan)

*Ketika membasuh kaki kanan,ucaplah,'ya Allah...jadikanlah kakiku ini jalan seperti kilat semasa melalui Titian Siratulmustaqim'
(Ini kerana melintasi titian ini mudah untuk ahli syurga)

*Ketika membasuh kaki kiri,berdoalah,'ya Allah...bawakanlah aku ke Masjid,surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat,'
(Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar-Rahman untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan) ataupun dalam hal lain ada mengatakan...'ya Allah,hindarilah kaki kiriku ini daripada tergelincir semasa melalui Titian Siratulmustaqim'

Kemudian bacalah doa ini dengan sepenuh hati:

Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada TUHAN melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-NYA.Ya ALLAH..jadikanlah diriku dari kalangan orang yang bertaubat,jadikanlah diriku dari kalangan orang yang suci dan jadikanlah diriku dari kalangan hamba-Mu yang soleh.
Amiiiin Ya RABBAL Alamiiin.... 


"Dari 'Uqbah bin 'Amr r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang berwuduk kemudian dia berkata:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang Esa tiada sekutu baginya dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW hamba serta utusannNya,dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang lapan dia masuk ke mana-mana sahaja dari pintu-pintu yang dia mahu."

(Hadis Riwayat Muslim-234)


Alhamdulillah,dapat juga ana kongsikan buat semua tentang rahsia di sebalik setiap anggota wudhuk.....moga-moga diharapkan kita dapat ambil manfaat buat kebaikan kita semua...InsyaAllah...=)


~wassalaam....~