Selasa, 28 Disember 2010

"SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANG SENGAJA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang sentiasa 
mengharap pertolongan ALLAH...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH MAHA PENYANYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa hadapan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya...


Memang ALLAH sengaja menemukan dengan orang yang salah
supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya...


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik 
hanya ada bersama ALLAH...


Memang ALLAH sengaja menemukan dengan orang yang salah
supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal...

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan 
sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa 
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan 
melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya...

Percayalah sesungguhnya ALLAH SWT malu
untuk menolak permintaan hamba-Nya yang
menadah tangan meminta dengan penuh 
pengharapan hanya kepada-Nya...='


Subhanallah.........................
Ya Allah,hamba-Mu yang kerdil dan hina ini hanya mengharapkan keredhaan,cinta dan kasih sayang-Mu...='''(

Lembaran Hidup Wanita Solehah~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku 
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah 
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku 
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga 
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman?
Bersinar Indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Jumaat, 10 Disember 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Tambah kapsyen
Syukur Alhamdulillah ke hadrat ILLAHI kerana dengan izin-Nya wujudlah satu blog di dalamnya dapatlah ana kongsikan beberapa ilmu yang bermanfaat buat seluruh umat Islam khususnya.Jutaan syukran untuk keluarga yang tersayang kerana telah memberi sokongan kepada farah selama ini.Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan farah lupakan sampai bila-bila..Doaku pada-Mu..Ya Allah,tautkanlah hati-hati kami dalam menggapai cinta-Mu...Amiiiiin...=')