Rabu, 7 Disember 2011

Macam-macam cerita ada...^_^

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga Baginda...


ALLAH,
dah lama benar ana tidak mencoret sesuatu di blog ini.
 agak sebulan lebih juga blog ini menyepi..
aduhai,sibuk sangat ke diri ini sampai jadi macam ini...):
Em....
dah nak bulan 1/2012 ni menandakan bahawa exam final akan berkunjung tiba,
ditambah lagi dengan assignment yang tak terkira banyaknya...
membuatkan diri ini teragak-agak untuk menulis di blog..
antara tanggungjawab dan blog, mana satu yang wajib didahulukan?
mestilah tanggungjawabkan???
ni pada pandangan ana la..
tak tahu pulak kan kalau orang lain..

Waktu pagi penuh dengan kelas,
itu belum tak termasuk lagi dengan discussion yang melibatkan kerja dalam berkumpulan...
kejap lagi minggu ke-12 akan tiba...
dan mula dah terkial-kial nak menyiapkan assignment yang semakin melambak..
itulah,
sudah diingatkan jangan suka bertangguh-tangguh kerja..
tengok, rasakan sendiri macam mana kesannya bila letcurer minta dihantar assignment...
adeh....~

Nasib baiklah video arab sudah siap sepenuhnya..
Alhamdulillah, walaupun simple tapi sekurang-kurangya cuba buat yang terbaik untuk sem 1 ni..
agak geli hati juga la macam mana 'the making of  BMA's video' ini...
macam-macam gaya ada...
barulah terserlah perangai sebenar pelajar kuliah BMA4 ni...






masa ni belum shooting lagi,kira on the away la..
baru nak hafal skrip la katakan..hehe..=p



ni lah kami...^_^


kami lagi..hehe,
waktu ni dah habis shooting..
nak balik ke USIM lepas ni..
=)


*******************10 MUHARRAM 1433H******************

Alhamdulillah,pada tarikh ini genaplah umur ana jejak 20 tahun...
Terima kasih ALLAH atas pemberian nikmat yang tidak terhingga ini..=)

kali ini cerita lain pulak..
secara kebetulan kami sekuliah berpuasa..
Alhamdulillah, kami ingin mengambil berkat dan pahala pada hari Asyura tersebut.
lagi pula banyak ganjaran yang akan kita dapat apabila melakukan perkara yang berikut, seperti:
1) Menyapu kepala anak yatim serta mendoakannya.
2) Berpuasa pada hari Asyura, iaitu 10 Muharram.


Ok la, berbalik pada cerita tadi...
kami berpakat berbuka puasa bersama-sama di luar kampus.
keluar petang, balik waktu malam...
wah,lama tu...=p
usai solat, kami pun beransur pulang ke kolej masing-masing...
Alhamdulillah, dapatlah ana sambut hari yang amat bermakna ini dengan sahabat-sahabat..






Erk, Alhamdulillah...
kenyang sudah..^_^


Sampai sini sahajalah ceritanya yang dapat ana ringkaskan,
nak cerita yang panjang,
assignment kat sebelah ni mula menjeling-jeling..
*bila lah nak disiapkan ni?*
hehehe...

Ok, 
ana undur diri dahulu ya,
minta maaf dunia akhirat jika ada tersilap bicara..
ecehceh..=p

Wassalam..^_^




p/s : time berbuka ni tiba-tiba rasa sebak pulak, teringat umi dgn ayah...rindu mereka..huhu >-<























Jumaat, 21 Oktober 2011

..::NASIHAT BUAT HAMBA YANG DHAIF::..


Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.
ALLAH S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. ALLAH S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana ALLAH sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang ALLAH berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang MAHA ESA.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada ALLAH S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman ALLAH S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna ALLAH sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakanlah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa ALLAH S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-NYA. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana ALLAH itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada ALLAH dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.


p/s:ALHAMDULILLAH,sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu amat dekat dengan hamba2NYA...=)

Khamis, 29 September 2011


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Selawat dan salam kepada kekasih ALLAH SWT,NABI MUHAMMAD SAW,keluarga Baginda serta para sahabat...


Hari ini ayahanda tercinta datang melawat ana di USIM..
ALLAH,..rasa nak mengalir air mata ini tatkala melihat wajah yang selama ini ana rindui selain daripada wajah umi serta keluarga yang tersayang...
tetapi segera dilindung dengan telatah persis anak kecil  lantaran tidak mahu insan yang selama ini banyak berjasa sedar akan perasaan ini.


 Berbual sat dengan ayah...
tanya khabar umi,abang along dan kakna..
Alhamdulillah,
semuanya dalam keadaan sihat..=)
rasa lega sikit bila mendengarnya..
tanya pasal kucing pulak,
makin banyak ke ataupun dah kurang..
hehe,
ada pulak ye soalan macam tu..
=p
Selang 30 minit kemudian,ayah minta diri nak balik atas urusan kerja..
em,kasihan tengok ayah..dalam usia macam ini masih lagi kuat bekerja untuk mencari nafkah buat kami sekeluarga..
ALLAH,berkatilah hidupnya...redhailah kehidupannya,ampunilah segala dosanya..dan kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku semasa aku kecil....Amiiin Ya Robb..='_='
*doa untuk umi sekali*

Lastly,
tak tahu nak cakap apa lagi...
doakan ayah dari jauh agar selamat dunia dan akhirat..
InsyaALLAH,Amiiin...

(>.<)

p/s:tak tahan dah...menangis sokmo ni..huhuhu...;-(
















Ahad, 25 September 2011

..::MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH SWT::..



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.
Alhamdulillah..
Hari minggu ini rasa macam kesunyian la pulak..ecehcehceh..=p
3 orang roommate ana tak ada.
Seorang pi Kem yang dianjurkan SISPA USIM.
2 orang pulak pi balik rumah saudara mereka.
Ingatkan boleh la nak rapat2 lagi dengan mereka,tetiba malam tadi kata nak balik pulak.
Em,nak tarik siapa pulak ni ye?
Ajaklah seorang classmate ni temankan..
Alhamdulillah,ada la juga teman nak study..


Pagi ini,duduk la ana sorang-sorang lagi di bilik..
kemas bilik sat,sambil dengar lagu kat laptop..
Tapi sebelum tu,dengar radio kat IKIM..
ada ulangan slot 'Warna Pagi' edisi Jumaat lalu..

suka ana nak kongsi buat semua tentang amalan yang amat mudah kita amalkan..
antaranya:
Sesiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW  pada hari petang Khamis sehingga hari Jumaat,selawat kita akan terus sampai kepada Baginda SAW,kerana waktu itu tiada perantaraan antara kita dengan Rasulullah SAW.InsyaAllah..


Pagi tadi seawal jam 9 pagi pihak JAKSA KK1 ada buat program 'KULIAH DHUHA'
Alhamdulillah,dengan kudrat yang ALLAH SWT kurniakan,dapat juga ana ikuti program tersebut..
Usai solat,ada tayangan yang ditunjukkan..
Tiba-tiba,dengan tidak dipinta..
mengalir laju air mata yang selama ini meronta-ronta nak keluar..
Akhirnya keluar juga di rumah ALLAH ini..
ALLAH.....sebak rasanya hati ini..
video ini mengisahkan apa matlamat dan tanggungjawab kita sebenarnya hidup di dunia ini.
Iaitu,untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT...(مرضاة الله)
Ya,
memang pun..
berjaya mana pun kita di dunia..tapi tidak sepatutnya kita lupakan Khalik kita,iaitu ALLAH SWT..
tambahan lagi,
kejayaan kita sebenarnya bukan sahaja kerana usaha kita..
tapi kerana doa Muslim sesama Muslim yang lain..
dan perlu diingat ALLAH SWT yang telah menetapkan kita untuk berjaya..
DIALAH yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..
maka bersyukurlah padaNYA..
tidak mustahil jika ALLAH SWT mahu menarik kembali nikmat pinjamanNYA..
NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK..ASTAGHFIRULLAH..


Perkara pertama yang kita perlu perbaiki adalah hubungan kita dengan ALLAH SWT..
adakah kita telah melaksanakan segala suruhan dan perintahNYA?
adakah kita telah meninggalkan segala yang dilarangNYA?
Jika ya,ALHAMDULILLAH...semoga ALLAH SWT meredhai usahamu...
Jika belum,usah risau..rahmat ALLAH SWT sentiasa ada mengiringi buat hambaNYA yang mahu kembali kepadaNYA...
berusahalah menawan redhaNYA..
sesungguhnya pasti kamu akan merasa manisnya mendapat redha ALLAH SWT,
InsyaALLAH..(=

Ok lah,dah nak balik bilik ni,
tak ada sesiapa kat bilik lani,
ni pun tumpang online kat cafe..
hehe,
agak segan la juga..
senyum dan bercakap sorang2..
ye la,
memikirkan apa yang nak ditaip kat blog ni..
adeh~..
*angau*
=p

semoga ketemu lagi,
wassalam....=)



p/s:peringatan buat diriku yang alpa...










Rabu, 21 September 2011

ATURAN PERGAULAN BUKAN MAHRAM


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Syukur Alhamdulillah,kita masih dipertemukan lagi pada kali ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia,kekasih ALLAH SWT,iaitu Rasulullah SAW serta para sahabat...


Hari ini ana habis kelas agak awal daripada yang biasa..
memandangkan banyak masa terluang di bilik,tergerak juga hati ini untuk menyelak buku ilmiah yang ana bawa ke sini sebagai pemantapan Iman yang semakin pudar ini.
Tertarik dengan tajuk 'Khalwat Dalam Grup Studi' yang dikarang oleh USTAZ MOHD AZRUL ISMAIL dalam ruangan TANYALAH USTAZ di dalam buku GEN-Q.

Tajuk ini membahaskan tentang memahami batas pergaulan antara bukan muhrim.
Memang tidak dinafikan,pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak terlepas bagi sesiapa yang bergelar seorang pelajar mahasiswa/i yang mana dalam studi grup terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan.
Islam sebenarnya indah dan sempurna.Di dalamnya,telah digariskan syariat bagaimana cara-cara seorang lelaki mahupun perempuan berhubungan sesama sendiri.
Islam tidak melarang umatnya berurusan sesama manusia,lelaki dan wanita.
Namun perlu diingat bahawa ada garis panduan syarak dalam setiap perkara.
Setiap suruhan dan larangan ALLAH SWT ada kebaikan untuk kita sebenarnya.
Antara yang diulas oleh Ustaz tersebut adalah:


1.MENJAGA PANDANGAN DARI KEDUA BELAH PIHAK.

Kita tidak boleh melihat aurat,tidak boleh memandang dengan syahwat,dan tidak memandang tanpa ada keperluan.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.Katakanlah kepada wanita yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya."
(Surah al-Nur:30-31)


2.MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DAN SOPAN.

Memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh selain muka dan pergelangan tangan.Selain itu tidak boleh juga memakai pakaian yang nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah al-Nur:31)
Menurut ulama kontemporari,Syeikh Yusuf al-Qadrawi,yang dimaksudkan dengan 'perhiasan perempuan' dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah,rambut,potongan badan ataupun buatan seperti pakaian,perhiasan dan sebagainya.


3.MEMATUHI ADAB-ADAB MUSLIMAH

*Dalam percakapan:menghindari perkatan yang merayu dan membangkitkan rangsangan.
*Ketika berjalan dan bergerak:tidak boleh memancing pandangan dengan lenggang-lenggoknya.
*Jangan sampai ber'tabarruj' iaitu berhias secara berlebih-lebihan.
*Menjauhkan diri daripada bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah,bukan di jalan dan semasa pertemuan dengan kaum lelaki.
*Jangan berdua-duaan tanpa disertai mahram.





****************************************************************************************


~والله اعلام~



*copy n paste from
majalah GENERASI AL-QURAN KREATIF (GEN-Q)
MANUAL REMAJA BERTAQWA ISU 02*

Jumaat, 16 September 2011

اهلا وسهلا ومرحبا بكم....


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
ASSALAAMU'ALAIKUM,
buat sesiapa yang masih lagi mengikuti blog ana...
kaifa halukum jami'an?
hehe...
saje je nak cakap arab..
sejak bermula kursus bahasa arab ni,mula la nak berbahasa arab dan speaking bahasa Inggeris...
sem 1 ni full jadual kelas dua bahasa utama di USIM ni..
Alhamdulillah,
kelas ni mengingatkan ana balik pelajaran yang lama ana tinggalkan..
adehh~
apa nak jadi ni..
bila mula presentation kat depan kelas..
mula dah tangan sejuk semacam,menggigil tak tentu arah..
ayat apa lagi..berterabur tak ikut turutan..
hehee..
ana la orang yang dimaksudkan..=p


Sekejap je dah seminggu lebih ana kat USIM ni..
Alhamdulillah,
ALLAH SWT permudahkan urusan sepanjang berada di sini..
kalau nak kira ada masalah..tak terlepas la..
tapi,atas sokongan yang baik antara roommate n classmate..
masalah yang ada berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin..
Alhamdulillah..(:


First time berkumpulan dengan muslimin..
agak kekok juga la..
(actually,malu + segan sangat2)
kalau boleh macam nak nyorok bawah meja..
tapi tak cukup muatan la pulak..
adehh~
sukahati je..
hehe..=p
tapi,memandangkan lecturer dah inform awal-awal..

"Belajar kat universiti ni mesti ada sifat bekerjasama antara kawan..
saya tahu,majority kamu semua berasal dari pelajar STAM..
sifat malu itu mesti ada bagi setiap orang Muslim..
tapi,
bagi yang menuntut ilmu tiada masalah..
kerana tidak perlu malu untuk kita menuntut ilmu.."

Yes,
that's right madam..(:
Thanks a lot..
ana akan ingat pesanan itu..
and because of that,
ana akan cuba yang terbaik untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan..
dan dalam masa yang sama tetap menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan..
moga ALLAH SWT permudahkan..
InsyaALLAH..(=


Nak diceritakan,
ana dapatlah roommate orang Kelantan,Pahang dan Kedah..
hari pertama bersama mereka..berta'aruf la kami berempat..
yang paling biasa ana la..
ye la,
Johor mane la ada loghatnya..
bahasa baku la katakan..
*ye ke??heheh*
tapi..
bila dah seminggu berada di sini..
boleh dikatakan mana-mana tempat kat USIM ni ana pergi..
rata-ratanya asal dari negeri timur..
mula dah ana terikut-ikut berloghat macam mereka..
sampaikan ada orang cakap yang ana ni asal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang...
haaiihh~
tak boleh jadi ni..=p

Tapi,apa-apa hal pun..
Alhamdulillah,
tiada masalah dalam perhubungan..
kami masih lagi dalam proses mengenal bahasa negeri masing-masing..
(apa tuh?hehe)
cuma agak termangu-mangu seketika..
memikirkan apa yang mereka nak katakan..
(^_~)

Wah,
banyaknya cerita ana hari ni..
heheh..
ok la,
semoga hari esok lebih baik dari semalam..
dan hari-hari yang akan datang adalah hari yang sangat bermakna buat ana..
moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan ..
InsyaALLAH...






(^_^)




Isnin, 5 September 2011


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah,ALLAH SWT masih lagi beri kesempatan untuk kita bertemu lagi..
Sekejap je dah seminggu beraya..
dan seminggu juga la ana ambil kesempatan untuk berziarah saudara-mara yang dah lama tidak berjumpa..
nak cerita apa ye?
banyak cerita ni...
tapi memandangkan masa pun tak panjang nak cerita..
just ana nak simpulkan je..
Alhamdulillah...
raya tahun ini besederhana sahaja..
syukur..masih lagi merasa Ramadhan dan Syawal tahun ini..
dan,
esok..ana akan daftar masuk ke IPTA..
InsyaALLAH..
ok la,
doakan ana ye..
semoga ALLAH SWT merahmati kalian semua,
InsyaALLAH,Amiin..


~wassalam~


Jumaat, 26 Ogos 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA....


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,hari-hari yang aku lalui ini kuhadapi dengan sabar dan tabah..
seakan-akan hati ini meronta-ronta...
ALLAH,berat sungguh ujian yang Engkau takdirkan untukku...
sebak sungguh hati ini..hanya ALLAH sahaja yang tahu...
Ntah ye,kenapa hari ini rasa macam tak kene je..
bila umi dengan ayah tanya..
hanya anggukkan sahaja yang kelihatan..
kelu lidah untukku berkata-kata..
maafkan fara umi,ayah..
tiba-tiba hari ini semacam je...
air mata ini mudah sahaja nak mengalir..
mungkin umi ayah tak perasan apa yang berlaku..
biarlah..biar diri ini sahaja yang menanggungnya..




ALLAH,kuatkan serta tabahkan hati hamba-Mu ini...hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui segala-segala-Nya...
 Ampunkan segala dosa kedua ibubapaku..sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yang berlaku..
(>.<)

Isnin, 15 Ogos 2011

.::PELAKSANAAN YANG MENEPATI SUNNAH::.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah...
kerana kasih sayang ALLAH SWT,kita masih lagi bernafas di muka bumi ini..
hari ini..dah masuk hari yang ke-15 Ramadhan..
sekejap je dah nak akhir fasa Ramadhan yang ke-2...
untungnya kita dapat merasai Ramadhan...kerana awalnya diberikan rahmat,pertengahan diampunkan dosa dan akhirnya dibebaskan dari api neraka..
Subhanallah...
Maha Suci Engkau ya ALLAH,Tuhan yang berkuasa atas segala2nya..

Lama sudah ana tak tulis sesuatu benda yang baru kat blog ini..
maksudnya yang berunsur ilmiah...
tapi hari ini..suka ana nak kongsi buat sahabat-sahabat semua akan amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..

**************************************************************************

Puasa seperti yang kita tahu dari segi bahasa ertinya 'menahan'.
Semua perkara atau perlakuan yang 'ditahan' (haram) semasa berpuasa hakikatnya bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.
Latihan berlapar pada siang hari perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas.
Antara pakej latihan itu ialah solat tarawih,membaca al-Quran,memperbanyakkan sedekah,beriktikaf di masjid dan qiamullail.
Antara sunnah Rasulullah SAW dalam berpuasa adalah:


1.Memantapkan Niat
Kita wajib berniat puasa sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar,maka tiadalah puasa              baginya."
(Riwayat Imam al-Dar Quthi dan al-Baihaqi)

2.Melewatkan Makan Sahur
Nabi Muhammad SAW melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh (fajar).Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab sahur sehingga hampir fajar,begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan sedang berkumandang.Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludah air.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu mendengan azan sementara piring sudah di tangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya."
(Riwayat al-Hakim)

3.Meninggalkan menipu,Percakapan kotor dan Karut
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan menipu dan beramal dengannya,maka tidaklah ALLAH SWT berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya."
(Riwayat al-Bukhari)
Baginda juga bersabda yang bermaksud;
"Bukanlah dari itu,dari makan dan minum,namun puasa adalah menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah,maka jika seseorang memaki atau menyakitimu,maka katakan:'Sesungguhnya aku sedang berpuasa.'
(Riwayat Ibn Khuzaimah,hadis sahih)

4.Tidak Berlebihan Dalam Berkumur
Rasulullah SAW berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu Baginda sedang berpuasa,akan tetapi Baginda tidak melakukannya secara melampau-lampau.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berlampau-lampau semasa memasukkan air ke dalam hidung."
(Riwayat Abu Daud,hadis sahih)

5.Tidak Bercumbu dengan Isteri  Jika Tidak Dapat Menahan Diri
Aisyah R.H.A meriwayatkan Rasulullah SAW pernah mencium dan Baginda sedang berpuasa,Baginda pernah bercumbu dan berpuasa,akan tetapi Bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian.(Muttafaq 'alaih)
Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda,kecuali yang tua.
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri."
(Riwayat Ahmad,hadis sahih)

6.Menyegerakan Berbuka Puasa
Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi SAW tetapi larangan bagi kaum Yahudi dan Nasrani.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa."
(Muttafaq 'alaih)

7.Berpuasa dan Tidak Meninggalkan Solat
Sesiapa yang meninggalkan solat,maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam rukun-rukun Islam selepas tauhid.Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat.Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung padanya.

8.Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawih
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ikhlas,maka ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."
(Riwayat al-Bukhari)

9.Membayar Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan amalan fardu,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas manusia."
(Muttafaq 'alaih)

10.Memperbanyak bacaan Al-Quran
Ramadhan bulan yang sangat mulia kerana di dalamnya diturunkan al-Quran iaitu kitab hidayah dan panduan kehidupan manusia semasa di alam dunia serta syafaat di alam barzakh dan alam akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang di hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya (pembacanya)."
(Riwayat Muslim)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah kepada manusia dan juga penjelasan kepada sebahagian daripada hidayah dan sebagai pemutus kepada kebenaran dan kebatilan..."
(Al-Baqarah:185)





Jumaat, 5 Ogos 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat ana semua..semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati akan kematian..sesungguhnya kematian itu pasti akan berlaku bagi setiap yang bernyawa di dunia ini..

**********************************************************************************************************

 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
 
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. 

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
 

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

MUTAKHIR
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari ALLAH SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat ALLAH SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan ALLAH SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

p/s:ALLAH....aku tak tahu bila tarikh kematianku akan datang...moga diri yang lemah ini tidak terlalu cintakan dunia dan takut mati....hindarilah aku YA ALLAH...


  

Khamis, 28 Julai 2011

Jika Ramadhan ini terakhir buatku.....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Apa khabar Iman anda hari ini??
diharapkan sentiasa bertambah Iman dan amal seiring dengan bertambahnya umur kita..InsyaALLAH,Amiiin...
tanya pada diri...

"Apa khabar Imanku hari ini??"

"Alhamdulillah...tapi..macam kurang ok je..."

"Kurang ok??macam mana boleh jadi macam tu??"

"Cuba tanya diri kamu sendiri...amalan apakah yang kamu buat sepanjang bulan Rejab dan Sya'aban ini??"

(berfikir sambil buat checklist apa yang dibuat)

"Err,tak banyak amalan pun....lagi berkurang adalah..."

"Em,mungkin sebab itulah keadaan Iman kamu macam ini...kurangnya makanan rohani untuk diri kamu....amalan beribadah ni bukan setakat buat sahaja,malah kena beristiqamah..ALLAH SWT amat menyukai amalan yang sedikit tetapi dibuat secara berterusan... "

"Astaghfirullah,patutlah sejak akhir-akhir ini rasa macam sesuatu je..rupa-rupanya Iman aku berkurang rupanya...buat amalan pun belum tentu lagi diterima oleh ALLAH SWT..."

Ya ALLAH,andai Ramadhan ini kali terakhir buatku...jadikanlah hamba ini hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu..jadikanlah sisa-sisa hidup ini bertambahnya amal Ibadah kepadamu sebagai bekalan saham akhirat buatku..InsyaALLAH..Amiiiin....(>.<)


ESOK RAMADHAN
YANG MULIA DAN PENUH 
KEBERKATAN BAKAL MENJELMA

TERIMA KASIH ALLAH
KERANA MASIH 
MEMBERIKAN AKU NAFAS
BAGI BERTEMU RAMADHAN
PADA TAHUN INI.

TERIMA KASIH ALLAH
KERANA MENGURNIAKAN
PADAKU PELBAGAI NIKMAT
MESKIPUN AKU SELALU
LEKA DAN ALPA
UNTUK BERSYUKUR
DAN SUJUD 
PADAMU.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI
MENJADIKAN DIRIKU LEBIH DEKAT PADAMU..
AMIIIIIN....




ALHAMDULILLAH..^_^

Isnin, 25 Julai 2011

Kita tidak berdaya tanpa kuasaNya...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
...
Alhamdulillah....=)
hari ini agak letih sikit...ntah ye..agaknya penat berjalan hari ahad kelmarin tak habis2 lagi...
pagi2 lagi dah pening kepala...(biase dah)
dan pagi2 juga la kene pi rumah abang kat kluang..
huhu,
terpaksa gagahkan diri juga naik bas..
sampai je kat umah kakna...
badan macam terhuyung-hayang...
pening kepala yang amat2..
ya ALLAH
kenapa ini??
aku ada buat maksiat ke??
Astagfirullah...
mungkin ALLAH SWT nak ampunkan dosa aku..
Alhamdulillah...=)

Sebenarnya hati ini berat nak tinggalkan rumah..
ye la,kalau boleh nak je tolong umi buat kerja rumah..
tapi nak buat macam mana...
umi ayah suruh uruskan hal-hal berkaitan masa nak mendaftar nanti..
agak pening juga la memikirkan tentang tu...
nak buat akaun itu,akaun ini..
belum buat lagi  nak buat medical checkup
erm,...
dah kata nak masuk U,kene berkorban juga la..
Alhamdulillah...=)


Hari ni pun balik rumah dah nak Isyak..
letih ...bole tahan la..
tapi sempat aje main dengan anak kucing..
huhu,
tOmey,tOmey..
hilanglah la juga letihnya...
itu yang buat masih lagi online ni..
hehe..=p

Tak tau nak tulis tajuk apa...
blog ni macam diari pulak..
tapi tak semua la nak tulis...
certain2 je..
malu la nak tulis semua..
haihh...^_~

kepada kak zati..(tetiba je)
thanks a lot kak...
huhu...
faham2 je la ye..
tau dah akq mesti follow blog kita punya..
hehehe..
*ayat mamai*
minta maaf menyusahkan akq..
apa-apa pun...ana terima aje apa yang berlaku..
mungkin ada hikmah yang tersirat..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah 2:216)



....^_^...

Khamis, 21 Julai 2011

Dengan Izin-Nya....


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH SWT....
masih lagi diberi nikmat pinjaman yang sementara ini...


Minggu ni agak sibuk la juga...
ni baru je permulaan berniaga secara kecil-kecilan..
Walaupun tidak seberapa tapi syukur Alhamdulillah...
ada juga rezkinya..

Erm,
sekejap je rasanya dah nak habis bulan tujuh..
pejam celik pejam celik dah nak puasa...
akal ni terfikir jugak...
adakah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir buatku???
ya Allah...
apa amalan yang aku dah buat sepanjang bulan Rejab dan Sya'aban ni ye??
makin lama makin lalai aku dibuatnya..
Astaghfirullah,jauhkan aku ya Allah daripada terlalu cintakan dunia...

Eh,
hari itu lupa pulak nak cerita tentang UPU...
Alhamdulillah...nak dipendekkan cerita...
berkat do'a umi,ayah...dan semua orang yang mengenali diri ini...
akhirnya ana berjaya ditawarkan menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda di USIM...
Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga..
huhu,
tak mahu la nak berselindung-selindung ni..
akhirnya orang tahu juga kan kita belajar kat mana...

Orang pertama yang pastinya akan tahu dulu...
semestinya..umi dan ayah...
tapi hari itu,kat rumah abang...
jadi abang along dengan kakna la yang tahu dulu...
(apa punya ayat belit)
huhu,
tapi lepas itu..terus la telefon umi dengan ayah..
memang tepat sangkaan mereka,
umi dengan ayah selalu cakap...
mesti kat USIM je ni..
haaa,
tengok...begitu makbulnya doa umi ayah...
Alhamdulillah...
sebenarnya dalam hati ni suka..
ye la...boleh la selalu jenguk ana kat U nanti...
dekat aje...tak jauh pun...
*hooooraaay...haha*
(dasar anak nakal)


Berdasarkan surat tawaran yang dibagi melalui internet...
ana dapat tawaran yang memang tidak disangka-sangka akan dapat..
first2 tengok,huhu...cam tak percaya je..
betul ke aku dapat kos ni...???
ingat-ingat balik banyak yang ana mohon kos agama...
tapi...
Astagfirullah,pantas bersangka baik..
mungkin ALLAH SWT mahu yang terbaik buat aku satu masa nanti..
dan ALLAH SWT tahu kemampuan aku setakat mana...
mungkin aku tak cukup lagi tentang ilmu agama..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah...=)

Rasa gembira sangat-sangat bila tahu ramai sahabat-sahabat yang berjaya ditawarkan masuk U..
Alhamdulillah...ramai juga yang masuk USIM dan UIA..
ada juga yang dapat masuk UUM,UM,UKM,UPSI,dengan UNISZA...
tapi tak kisah,mana-mana U pun sama je dengan tujuan yang satu..
ingin menuntut ilmu sebanyak yang mungkin...
dan ingin berjasa pada agama,bangsa dan negara..

Erm,
panjang pulak celoteh malam ni...
ye la,dah berapa hari tak update..
jadi..banyak la cerita nya..
huhuhu...

Sebelum ana undurkan diri,
ingin ana kongsikan sebuah hadis buat amalan kita bersama...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"SESIAPA MEMBACA SELAWAT SEPULUH KALI PADA WAKTU PAGI HARI DAN SEPULUH KALI PADA WAKTU PETANG,MAKA IA AKAN PEROLEH SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abu Darda`)


Wassalam...~