Selasa, 22 Februari 2011

Opick-Hanya hamba Allah lirik

Rahsia setiap anggota wudhuk...



 Alhamdulillah,
syukur pada-Mu ya Allah...
dipermudahkan segala urusan...=)

ana ada bace dalam satu buku,
Kerana-Mu aku Berubah,karya Ruhana Zaki..
Alhamdulillah..
cukup memberikan pengajaran sesiapa yang membacanya...
bukunya banyak menceritakan tentang gadis muda remaja...
erm,
hari ini ana nak kongsi salah satu tajuk yang mana pentingnya  wudhuk kita sebenarnya,,
suka ana nak kongsikan buat tatapan semua,=)
antaranya ialah:


*Ketika berkumur,bisikkan dalam hati,'Ya Allah...ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.'
(Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa)

*Ketika membasuh muka,bisikkanlah,'ya Allah...putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini.'
(Ini kerana muka ahli syurga putih berseri-seri)

*Ketika membasuh tangan kanan,bisikkan pula,'ya Allah...berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kananku ini.'
(Ini kerana hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan Husnul Khatimah).

*Ketika membasuh tangan kiri,merintihlah dengan bisikan ,'ya Allah...janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiri.'
(Ini kerana pemberian tangan kiri bermaksud suul Khatimah)

*Ketika membasuh kepala,berbisiklah,'ya Allah...lindungilah dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu'
(Ini kerana terik matahari di Padang Mahsyar umpama ia berada sejengkal di atas kepala)

*Ketika membasuh telinga,bisikkanlah,'ya Allah...ampuilah dosaku ini,hindarilah aku daripada mendengar perkara-perkara yang tak elok.'
(Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah,umpat dan hasutan)

*Ketika membasuh kaki kanan,ucaplah,'ya Allah...jadikanlah kakiku ini jalan seperti kilat semasa melalui Titian Siratulmustaqim'
(Ini kerana melintasi titian ini mudah untuk ahli syurga)

*Ketika membasuh kaki kiri,berdoalah,'ya Allah...bawakanlah aku ke Masjid,surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat,'
(Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar-Rahman untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan) ataupun dalam hal lain ada mengatakan...'ya Allah,hindarilah kaki kiriku ini daripada tergelincir semasa melalui Titian Siratulmustaqim'

Kemudian bacalah doa ini dengan sepenuh hati:

Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada TUHAN melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-NYA.Ya ALLAH..jadikanlah diriku dari kalangan orang yang bertaubat,jadikanlah diriku dari kalangan orang yang suci dan jadikanlah diriku dari kalangan hamba-Mu yang soleh.
Amiiiin Ya RABBAL Alamiiin.... 


"Dari 'Uqbah bin 'Amr r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang berwuduk kemudian dia berkata:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang Esa tiada sekutu baginya dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW hamba serta utusannNya,dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang lapan dia masuk ke mana-mana sahaja dari pintu-pintu yang dia mahu."

(Hadis Riwayat Muslim-234)


Alhamdulillah,dapat juga ana kongsikan buat semua tentang rahsia di sebalik setiap anggota wudhuk.....moga-moga diharapkan kita dapat ambil manfaat buat kebaikan kita semua...InsyaAllah...=)


~wassalaam....~


Isnin, 21 Februari 2011

Mawla Ya Salli Wasallim

Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW~


Nama:
Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim.
Tarikh lahir:
Pada waktu subuh,12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (Tahun Gajah-sempena peristiwa serangan terhadap kota Kaabah oleh tentera bergajah Abrahah)
Tempat Lahir:
Rumah Abu Talib
Nama bapa:
Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Nama ibu:
Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf

~Diasuh oleh Ummu Aiman (nama sebenar ialah Barakah Al-Habsyiyyah).Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW

~Menjadi anak susuan kepada Thuwaibah (hamba perempuan kepada Abu Lahab)

~Kemudian menjadi anak susuan kepada Halimah Binti Abu Zuaib As-Sa'diah atau lebih dikenali sebagai Halimah As-Sa'diah.Baginda tinggal di rumahnya selama empat tahun.

~Ketika Baginda dalam lingkungan dua hingga empat tahun,terjadi peistiwa besar iaitu pembelahan dada oleh dua malaikat.

~Ketika berusia 6 tahun,ibunya kembali ke rahmatullah di Abwa' selepas menziarahi makam ayahnya.Kemudian Baginda  dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib.

~Abdul Mutallib meninggal dunia ketika Baginda berusia lapan tahun.Selepas itu,Baginda tinggal bersama bapa saudaranya,Abu Talib.

~Baginda telah dibawa oleh Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga ketika berumur 12 tahun.

~Rasulullah SAW bertemu pendita Nasrani yang bernama Buhaira.Beliau berpesan kepada Abu Talib agar menjaga Baginda dengan baik kerana Muhammad merupakan Nabi akhir zaman seperti yang dinyatakan dalam Kitab Injil.

~Baginda telah dilantik mengetuai rombongan dagangan Khadijah Binti Khuwailid di Syam sewaktu berusia 12 tahun.Perlantikan Baginda adalah kerana kecerdikannya menyelesaikan perbalahan isu perletakan Hajar Aswad (setelah Mekah dilanda banjir besar) dan gelarannya sebagai Al-Amin.

~Baginda mengahwini Khadijah yang berumur 40 tahun.Ketika itu Nabi Muhammad SAW berumur 25 tahun.

~Ketika berumur 40 tahun,Baginda diangkat sebagai Rasul di Gua Hira'.Gua tersebut merupakan tempat pertama turunnya wahyu.

~Baginda 'bertemu' Allah SWT dengan menaiki seekor Buraq sambil ditemani Jibril dalam peritiwa Isra' dan Mikraj.Ini bagi mengubati kedukaan Rasulullah Saw selepas kehilangan insan yang tersayang.

~Baginda dicemuh,dihina dan dibaling batu ketika berdakwah di  Thaif.

~Pada peringakat awal,Baginda berdakwah secara sulit kepada kaum kerabatnya dan kemudiannya secara terang-terangan di Kota Mekah.

~Oleh kerana mendapat tentangan yang begitu hebat daripada kaumnya,Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah ke Yathrib(Madinah).

~Masjid Nabawi dibina di Madinah selepas pembinaan Masjid Quba iaitu masjid pertama baginda menunaikan solat Jumaat.

~Baginda berjaya menyatukan dua kaum yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj.Penyatuan ini kemudiannya membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni.Ukhuwah orang Muslim semakin kuat.

~Menyatukan golongan orang Muhajirin dan Ansar di Madinah.Perpaduan yang wujud memperlihatkan simbol kekuatan Islam.

~Rasulullah SAW menyertai banyak siri peperangan.Sepanjang usianya,Baginda pernah memperoleh kemenangan dan kekalahan.

~Nabi Muhammad SAW pernah menghantar sariyyah iaitu peperangan yang tidak disertai Baginda.

~Baginda berjaya menawan kota Mekah tanpa berlaku pertumpahan darah.Selain itu,Rasulullah SAW juga memberi kemaafan kepada mereka yang pernah menyakitinya sepanjang berdakwah kepada kaum Musyrikin Mekah.

~Al-Wada' merupakan khutbah terakhir yang disampaikan oleh Baginda sebelum kewafatannya.Khutbah tersebut memberi input yang menyeluruh mengenai Islam ketika Hujjatul Wada' (Haji yang terakhir).

~Di saat-saat akhir hayatnya,Baginda masih lagi mengenangkan umat Islam.Ini menunjukkan kasih-sayang Baginda amat tinggi.

~Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah ketika berumur 63 tahun.

~Rasulullah SAW diiktiraf sebagai tokoh terhebat dunia.


Sumber:
~iluvIslam~ 


Khamis, 17 Februari 2011

Maher zain - Ya Nabi Salam Alayka

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار

Kasih Nabi Muhammad SAW kepada umatnya...

Alhamdulillah,Ya Allah....
Engkau masih beri nikmat untuk aku menikmati segala nikmatMu..,
hari ini ikut umi pergi kerja..
sajejer kot, kat rumah sorang-sorang sunyi pulak..
nasib baiklah dua hari semalam Filzah teman kat rumah..
terima kasih ye,Filzah =)

Pagi ini,sambil tolong umi buat kerja,
ambil kesempatan dengar radio IKIM..
Alhamdulillah,tajuk sungguh menarik sekali...
Rasulullah SAW Qudwah Hasanah..
dapatlah jugak sebagai halwa telinga di pagi hari Jumaat ni..
ditambah pula dengan buku yang baru sahaja ana baca...
Kerana-Mu aku Berubah..karya Ruhana Zaki..
Subhanallah,indahnya akhlak Baginda SAW..,
tajuknya:Cinta Nabi kepada umatnya..
nak kongsila apa yang ana dah baca..

Erm,,
walaupun 12 Rabiulawal sudah pun berlalu,,
tapi,aura maulid Nabi SAW amat terasa sekali...
siapa yang tak kenal junjungan mulia Nabi Muhammad SAW?
Bagindalah yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa cahaya kebenaran buat seluruh umat..
Baginda jugalah yang telah membawa keluar dari kepompong jahiliah..


Nabi kita,
memang tidak dinafikan
merupakan seorang lelaki yang paling segak,tampan dan perkasa.
Perwatakan Baginda,serta penampilan Baginda amatlah sempurna..
Jika mahu,Baginda boleh meminta kekayaan daripda Allah SWT,
tetapi oleh kerana sifat zuhud,tawaduk serta bersyukur Baginda amat tinggi...
Baginda lebih selesa hidup dalam keadaan sederhana,malah ada ketikanya hidup dalam kemiskinan..

Ketika Baginda berbicara,amat manis tutur katanya..teratur,ringkas tapi jelas...
Baginda juga akan memberi perhatian kepada orang yang bercakap dengannya..
Antara keistimewaan Baginda adalah tidak pernah mengumpat,mengeji,mencerca
atau menghina orang lain,malah sentiasa bersangka baik dan tidak membenci walaupun pernah ditentang..

Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling sabar ketika menghadapi ujian.
Antaranya,ketika Baginda dilempar batu ketika menjalankan dakwah di Thaif,
bukan sahaja dilempar batu,malah dihina dan dicaci dengan kata-kata kesat..
Walaupun Baginda diperlakukan sebegitu rupa,Baginda tetap berdoa:
"Ya ALLAH..berikanlah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak 
mengetahui (jahil)."

Ketika dalam kesusahan sekalipun,
Baginda masih mahu membantu orang lain.
Tidak pernah Baginda mengambil rezeki  lebih daripada keperluan diri dan ahli keluarganya..
Rezeki yang lebih sering digunakan untuk jihad Fisabilillah.
Baginda tidak berasa hina mendampingi orang miskin.


Subhanallah,sungguh indah akhlak Baginda...
Sebenarnya.masih banyak lagi keperibadian Nabi Muhammad SAW..
itu sahajalah yang ana dapat ringkaskan...
cuma,
ana nak ceritakan saat perpisahan Baginda di akhir-akhir hayatnya...

Baginda mula sakit sekembalinya dari perkuburan Baqi' pada Bulan Safar tahun 11 Hijrah.
Ketika itu,Baginda berada di rumah Saidatina Aisyah.
Ketika suhu badan Baginda meningkat,
Baginda meminta badannya dibasahi air.
Pabila kesakitannya agak reda,
Baginda keluar berkhutbah kepada para sahabat.
Dengan suara yang terbatas Baginda berpesan:

Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH SWT 
dan kasih -NYA.
Kuwariskan dua perkara kepadamu,yang kamu tidak akan sesat jika berpegang dengannya,
iaitu al-Quran dan sunnahku.
Barangsiapa yang mencintai sunnahku,bererti dia mencintai aku
dan kelak orang ynag mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku..

Pandangan Rasulullah SAW tenang...
Namun hati para sahabat mula bergolak.Mereka tahu.
Pandangan Saiyidina Umar turun naik dan sedu sedannya.
Saiyidina Uthman menghela nafas panjang manakala 
Saiyidina Aili menundukkan wajah.
Isyarat sudah datang,masanya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua."Itu yang mereka tahu.
Itu yang dapat mereka tafsirkan setelah mendengar khutbah wasiat daripada penghulu segala nabi itu...

Subhanallah,sayangnya Baginda pada umatnya..
sampaikan di akhir-akhir kewafatan Baginda..
tetap mengingatkan kita sebagai umatnya...

Rasulullah SAW meniggalkan kita semua pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal 11 Hijrah.
Baginda wafat ketika berusia 63 tahun.
Walaupun Baginda sudah tiada,
tetapi nur Islam tetap bersinar ke seluruh alam.
Itulah rahmat dan barakah yang dibawa oleh Baginda.

Berkata Jibril a.s.:
"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah melarang para nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu.
Dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.

Berbahagialah kita yang telah menjadi umatnya yang terpilih daripada kalangan umat-umat nabi yang terdahulu..




Ya Rasulullah,andai dapat kutatap wajahmu......='')







Ahad, 13 Februari 2011

Hari Kekasih:Bahaya cinta buat remaja......



SEJARAH VALENTINE HINA ISLAM...
INIKAH KITA YANG MENGAGUNGKANNYA?


Erm,hari bunga-bunga cinta sudah menjelma....
Aduhai,bermulalah pasangan muda-mudi termasuklah remaja Islam juga tidak terlepas meraikannya...
Ada yang tidak terlepas mengatur perjumpaan 'bulan madu' bersama kekasih hati..
Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui oleh pasangan dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan mereka.
Tanggal 14 Februari tersemat di dalam hati,menjadi kenangan yang abadi.

Astaghfirullah,sebelum terus-terusan menjadikan hari kekasih itu sebagai hari membuktikan rasa cinta 
dan sayangnya,ketahuilah sejarahnya dahulu...
 Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW,di mana hujung pangkal permulaanya?
Jangan kita menjadi manusia yang mencontohi dan mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangya...
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya".
(Surah Al-Isra:36)

Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza pendapat menceritakan asal-usul Hari Valentine.
Yang nyata,tidak ada satu pun yang mempunyai sejarah asal-usul Islam,
malah tidak mempunyai kebaikan langsung kepada kita sebagai hamba Allah SWT.
Sedarkah kita,salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kejatuhan kerajaan 
Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut.
Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan tersebut adalah seorang paderi Kristian,
Saint Valentine.
Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari berkasih-sayang
kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim.
Bukankah dengan mengagungkannya,kita sendiri telah menghina agama kita yang suci ini?
Nauzubillahi min zalik!!!

Antara sejarah yang lain ada pula mengatakan,
Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya 
mempertahankan hak para tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin.
Ini kerana,semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom,beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau,mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang 
jika masih bujang.
Namun secara senyap,Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini
mendatangkan kemarahan Claudius II.Lalu paderi itu dihukum gantung pada 
14 Februari 269 Masihi...

Kita sedia maklum,sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan segala 
keburukan dan kebijaksanaan.
Lihatlah,berapa ramai anak-anak gadis seagama yang terpedaya bergelumang hawa nafsu di tangan 
kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta hanya kerana pengorbanan Saint Valentine?
Jangan biarkan benih kekotoran itu tumbuh meliar yang menutup segala cahaya di dalam hati.

Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka 
sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu 
(tentang kebenaran),maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah SWT
(sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(Surah Al-Baqarah:120)

Firman Allah SWT lagi,
"Orang -orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga 
kamu mengikuti agama mereka."
(Surah Al-Baqarah:120)

Doaku padaMu Ya Allah,
tetapkanlah Iman kami ke jalanMU,
jangan biarkan hati kami lalai dalam mengingatiMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu....
                                                                Amiiin Ya Rabbal Alamiiiin....




Sumber:
ILUVISLAM....


Khamis, 3 Februari 2011

Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman

~Al-Fatihah buat sahabatku yang tersayang~

Selasa,26 Februari 2008
5.30 petang..


Alhamdulillah,selesai semua kerja kat hostel...
la ni nak buat apa ya?
dok termenug kat tepi koridor ni macam takde keje je..
jap lagi nak tepon umi..
entah ye,padahal dah tepon semalam..
hati kuat nak suruh tepon umi jgk..
macam ada apa-apa je..
Astaghfirullah,tak baik buruk sangka..
tibe-tibe sedih pulak,,
ye la,
kat hostel bukaknye lagu menanti di alam barzakh..(nyanyian kmpulan Far-East)
tidak mengapalah,sekurang-kurangya pun mengingatkan kite tentang malaikat Izrail yang bile-bile je akan datang menjemput kite...
ya Allah,apa amalan yg aku nak bawak ketika bertemu dengan-Mu kelak?
erm,
eh...
alamak,jauh betul mengelamun....
tepon umi jap la..

**********************************************************

'Assalaamualaikum,umi....hehe,umi sihat?'
'Wa'alaikumussalam warohmatullah,Alhamdulillah sihat....'

'Umi tgh buat apa nie?'
'Umi kat mana?kenapa bising-bising?'
hati gelisah tatkala terdengar orang menangis..
Umi diam....
'Erm,kalau umi bagitau fara...harap dapat bersabar ya,

'Kenape umi?ada apa-apa yang berlaku ke?'
'Fara,.......Ain dah tak ada.....umi ada kat rumah Ain,,baru je lepas dikafankan...

ya Allah,cobaan apa lagi yang telah Engkau takdirkan untukku?
Astaghfirullah.....
segera bersangka baik pada Allah atas apa yang berlaku...
aku terdiam..

'Betul ke umi?Ain yang selalu dengan fara ke dulu?'
'Betul fara,,'
Umi sebak,tak dapat tahan tangisan...

'ya Allah,umi...baru sahaja maknya meninggal tahun lepas...kini giliran dia pula menyusul...semoga Allah merahmati rohnya..Amiiin'
'Sedekahkan al-fatihah dan yassin atas rohnya...tak payah dikesali apa yang sudah pergi..,'
pujuk umi...

air mataku deras mengalir....
usai memberi salam..
aku segera meletakkan ganggang tepon,tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang..
ah,mereka tidak tau sebenarnya apa yang berlaku..
waktu itu,...
hanya Allah,umi,keluarga arwah dan aku sahaja yang tahu...
ya Allah,
tabahkan hati ini....!!!
hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang berlaku..

balik dorm,,
segera aku khabarkan pada ketua exco musolla puteri akan hal yang dah berlaku..
tak perlu disebut namanya siapa,
cukuplah sekadar bacaan yassin dan al-fatihah khas untuk arwah Ain....

malam tu,
hati tak tenteram...
teringatkan hal petang tadi..
ya Allah,esok ada imtihan fil madah tauhid...
apa-apa yang aku hafal..
tak semua yang masuk...

duduk seorang diri kat tepi koridor..
sorang-sorang datang menyapaku,,
masing-masing menyuruhku agar banyakkan bersabar dan berdoa...
air mata yang tadinya tak kering...
keluar lagi..,
alahai,
nak sebam mukanya...
lagila sedih bila cakap cam tu..
apa-apa pun,terima kasih ya...Najwa  dan Filzah....=''')


malam tu,
aku bermuhasabahkan diri ini.....
ya Allah,mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku...
ampunkan dosa hamba-Mu ini andai ada kekhilafan yang tidak aku sedari...
terima kasih ya Allah,,,atas apa yang Engkau takdirkan untukku....



Sekudus doaku buat sahabatku yang tersayang,agar engkau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh.....Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin...='''''''(
~NUR FARAHIN BINTI HUSSEIN~





Cinta Teragung