Jumaat, 25 Mac 2011

Ibadah Ahli Syurga~...


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa'i,Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

                  Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w.,Baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang penghuni syurga."

                  Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya.Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.

                   Keesokan hari,Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama: "Akan datang seorang lelaki penghuni syurga."Dan muncul juga lelaki yang sama.Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.

                   Seusai majlis Rasulullah s.a.w. itu,Abdullah Bin Amr bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu.Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.

                   "Saya bertengkar dengan ayah saya,dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya.Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah bin Amr bin al-Ash kepada lelaki itu.

                     Abdullah diizinkan oleh orang itu untuk bermalam di rumahnya dan tidurlah di rumahnya selama tiga malam.Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penghuni syurga.Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.

                     Kata Abdullah: "Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir meremehkan amalannya,lalu aku berkata: 'Hai hamba ALLAH!Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya.Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda berkata tentang dirimu sebanyak tiga kali, 'Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.' Aku ingin memerhatikan amlanmu supaya aku dapat menirunya.Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu.' Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.'

                     Ketika aku mahu pulang,dia memanggilku sambil berkata: "Demi ALLAH amalku tidak lebih daripada yang engkau saksikan itu.Hanya aku tidak menyimpan niat buruk terhadap kaum Muslim,dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan oleh ALLAH atas mereka."

                     Lalu aku berkata, "Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki,inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu.Inilah yang tidak mampu kami lakukan." (Hikayat al-Shahabah  jil.2 hlm 520-521)

                     Hati yang tidak menyimpan perasaan dengki dan prasangka terhadap sesama Muslim pada zahirnya nampak sederhana.Tetapi ia adalah akhlak yang mulia,maka kedudukannya amat tinggi di sisi ALLAH SWT.




Rasulullah s.a.w. bersada yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik;walaupun ia lemah dalam ibadah."
(Hadis Riwayat al-Tabarani daripada Anas r.a.) 

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdulillah,akhirnya,..(^-~)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,,,
syukur pada-Mu Ya Allah....atas nikmat yang telah Engkau berikan...
nak dipendekkan cerita...
akhirnya ana lulus jugak test JPJ..
Alhamdulillah,Ya Allah...(^-^)
walaupun buat dua kali percubaan..
huhu..
malunya tak terkata..
mana taknya orang first yang balik dihantar oleh orang JPJ..
adoyai...
kat dalam dah lepas...
luar je..
Astaghfirullah,ada kesilapan yang patut ana perbetulkan...

Mula-mula teponlah umi...
alaaa...tak dapat nak sahut cabaran ayah...
tak mengapa..ada lagi percubaan yang ke-2...
selepas tu,tepon kakna pulak...
melekek-lekek ketawa...
alahai,
tak jadi ana nak sedih-sedih...
hehe..
thanks kak,,buat farah hilang sedihnya...hee..




************************************************************



Hari ni,
excitednya nak amek lesen P..
ye la,
jakun katakan...hehe,
tiba-tiba.......
terserempak pulak dengan orang yang pernah marah ana masa praktikal dulu..
aduhai..
senyum je la...
nak tegur,,,
malu la pulak..
apa-apa pun,bersyukur sangat-sangat..
disebabkan marah dia....
Alhamdulillah,ana dah berjaya dapat lesen P..
terima kasih ya cikgu..=)




**********************************************************

Masa mula-mula kena marah tu,
senyap je...
nak cakap,kata kurang beradab..
Erm,diam je la...
pusing-pusing,belajar pusingkan stereng...
Alhamdulillah..ok dah..
selepas tu,cuba la buat parking..
aduh,
3 kali terlanggar tiang...
maaf ye cik...
first time bawak kereta..
kelam-kabut nak tekan brek dengan imbangkan klac...

pergi pulak kat 3 penjuru...
pusing stereng sampai habis...
alahai...
lambat pulak..
baru sedar,
tanganku tidaklah sepanjang mana,,,
hehe...

Yang terakhir ni la yang ana lemah sikit...
kat tempat naik bukit...
bukan apa,
kena tekan minyak...selepas tu imbangkan klac
akhirnya menurun ke belakang,bukannya ke depan...
aduhai,kena marah lagi...
ya Allah,sabar ajela...dah salah sendiri...
huhu...,



*********************************************************** 


Sekarang ni...
Alhamdulillah,ya Allah...bersyukur sangat-sangat...
rasa macam tak sabar je nak bawak kereta sendiri...
aduh,
dah mula berangan ni....
hehe...


Tapi sebelum tu,
ana nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT NUR FILZAH..
huhu,
caaayaaaaaaaaaaaaang kamooooo..hehe.(^-^)
memang sudah Allah SWT tetapkan tarikh 16 Mac ni hari yang bertuah untuk ana..
Alhamdulillah..
hee..=)



Selasa, 1 Mac 2011

Far East Menanti Di Barzakh

Kembara Roh

Selepas roh dicabut dari tubuh manusia,dia disambut oleh dua Malaikat yang sangat cantik wajahnya,yang berpakaina indah dan berbau harum.Kemudian roh itu bibalut dengan sutera dari syurga.Roh tersebut diangkat ke langit.


Apabila tiba di langit yang pertama,malaikat pembawa roh memperkenalkan diri,kemudian menyebut nama roh tersebut.Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebut sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya.Lagipun katanya,roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.

Di pintu langit yang kedua,roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna.

Ketika sampai di langit ketiga,malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia.Ketika hidup,rohnya ini sangat berhati-hati tentang harta-hartanya,iaitu mencari harta yang halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata-mata.

Di langit keempat,malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika di hidup.Di langit yang kelima,malaikat menyambut roh tersebut dengan hormat kerana hajinya yang mabrur.Dia telah menyempurnakan hajinya kerana Allah SWT dan bukan untuk bermega-megah.

Ketika di langit keenam,malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yang taat akan ibu dan bapanya.Hati mereka berdua tidak pernah terguris.Dan dia sebagai anak juga tidak prnah menderhaka.

Di langit yang ketujuh,roh disambut dengan gembira kerana inilah orangnya yang sanggup bangun di tengah malam untuk bertahajjud ketika orang lain sedang lena tidur.Orang ini juga selalu menjaga hak anak-anak yatim di sekeliling ketika hayatnya.

Setelah melepasi langit yang ketujuh,roh yang berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama 'suradiq'.Semua roh orang Mukmin ditempatkan di sini.Roh disambut dengan gilang-gemilang di sini.(Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah)