Jumaat, 26 Ogos 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA....


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,hari-hari yang aku lalui ini kuhadapi dengan sabar dan tabah..
seakan-akan hati ini meronta-ronta...
ALLAH,berat sungguh ujian yang Engkau takdirkan untukku...
sebak sungguh hati ini..hanya ALLAH sahaja yang tahu...
Ntah ye,kenapa hari ini rasa macam tak kene je..
bila umi dengan ayah tanya..
hanya anggukkan sahaja yang kelihatan..
kelu lidah untukku berkata-kata..
maafkan fara umi,ayah..
tiba-tiba hari ini semacam je...
air mata ini mudah sahaja nak mengalir..
mungkin umi ayah tak perasan apa yang berlaku..
biarlah..biar diri ini sahaja yang menanggungnya..




ALLAH,kuatkan serta tabahkan hati hamba-Mu ini...hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui segala-segala-Nya...
 Ampunkan segala dosa kedua ibubapaku..sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yang berlaku..
(>.<)

Isnin, 15 Ogos 2011

.::PELAKSANAAN YANG MENEPATI SUNNAH::.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah...
kerana kasih sayang ALLAH SWT,kita masih lagi bernafas di muka bumi ini..
hari ini..dah masuk hari yang ke-15 Ramadhan..
sekejap je dah nak akhir fasa Ramadhan yang ke-2...
untungnya kita dapat merasai Ramadhan...kerana awalnya diberikan rahmat,pertengahan diampunkan dosa dan akhirnya dibebaskan dari api neraka..
Subhanallah...
Maha Suci Engkau ya ALLAH,Tuhan yang berkuasa atas segala2nya..

Lama sudah ana tak tulis sesuatu benda yang baru kat blog ini..
maksudnya yang berunsur ilmiah...
tapi hari ini..suka ana nak kongsi buat sahabat-sahabat semua akan amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..

**************************************************************************

Puasa seperti yang kita tahu dari segi bahasa ertinya 'menahan'.
Semua perkara atau perlakuan yang 'ditahan' (haram) semasa berpuasa hakikatnya bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.
Latihan berlapar pada siang hari perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas.
Antara pakej latihan itu ialah solat tarawih,membaca al-Quran,memperbanyakkan sedekah,beriktikaf di masjid dan qiamullail.
Antara sunnah Rasulullah SAW dalam berpuasa adalah:


1.Memantapkan Niat
Kita wajib berniat puasa sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar,maka tiadalah puasa              baginya."
(Riwayat Imam al-Dar Quthi dan al-Baihaqi)

2.Melewatkan Makan Sahur
Nabi Muhammad SAW melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh (fajar).Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab sahur sehingga hampir fajar,begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan sedang berkumandang.Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludah air.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu mendengan azan sementara piring sudah di tangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya."
(Riwayat al-Hakim)

3.Meninggalkan menipu,Percakapan kotor dan Karut
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan menipu dan beramal dengannya,maka tidaklah ALLAH SWT berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya."
(Riwayat al-Bukhari)
Baginda juga bersabda yang bermaksud;
"Bukanlah dari itu,dari makan dan minum,namun puasa adalah menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah,maka jika seseorang memaki atau menyakitimu,maka katakan:'Sesungguhnya aku sedang berpuasa.'
(Riwayat Ibn Khuzaimah,hadis sahih)

4.Tidak Berlebihan Dalam Berkumur
Rasulullah SAW berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu Baginda sedang berpuasa,akan tetapi Baginda tidak melakukannya secara melampau-lampau.
Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berlampau-lampau semasa memasukkan air ke dalam hidung."
(Riwayat Abu Daud,hadis sahih)

5.Tidak Bercumbu dengan Isteri  Jika Tidak Dapat Menahan Diri
Aisyah R.H.A meriwayatkan Rasulullah SAW pernah mencium dan Baginda sedang berpuasa,Baginda pernah bercumbu dan berpuasa,akan tetapi Bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian.(Muttafaq 'alaih)
Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda,kecuali yang tua.
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri."
(Riwayat Ahmad,hadis sahih)

6.Menyegerakan Berbuka Puasa
Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi SAW tetapi larangan bagi kaum Yahudi dan Nasrani.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa."
(Muttafaq 'alaih)

7.Berpuasa dan Tidak Meninggalkan Solat
Sesiapa yang meninggalkan solat,maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam rukun-rukun Islam selepas tauhid.Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat.Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung padanya.

8.Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawih
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ikhlas,maka ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."
(Riwayat al-Bukhari)

9.Membayar Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan amalan fardu,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas manusia."
(Muttafaq 'alaih)

10.Memperbanyak bacaan Al-Quran
Ramadhan bulan yang sangat mulia kerana di dalamnya diturunkan al-Quran iaitu kitab hidayah dan panduan kehidupan manusia semasa di alam dunia serta syafaat di alam barzakh dan alam akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang di hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya (pembacanya)."
(Riwayat Muslim)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah kepada manusia dan juga penjelasan kepada sebahagian daripada hidayah dan sebagai pemutus kepada kebenaran dan kebatilan..."
(Al-Baqarah:185)





Jumaat, 5 Ogos 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat ana semua..semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati akan kematian..sesungguhnya kematian itu pasti akan berlaku bagi setiap yang bernyawa di dunia ini..

**********************************************************************************************************

 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
 
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. 

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap ALLAH SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
 

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

MUTAKHIR
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh ALLAH yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari ALLAH SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat ALLAH SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan ALLAH SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan ALLAH SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari ALLAH SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

p/s:ALLAH....aku tak tahu bila tarikh kematianku akan datang...moga diri yang lemah ini tidak terlalu cintakan dunia dan takut mati....hindarilah aku YA ALLAH...