Jumaat, 2 November 2012

UJIAN ITU TARBIAH DARI-NYA ;)


Assalam qablal kalam,
Assalamu'alaikum w.b.t.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
selawat dan salam ke atas junjungan Baginda s.a.w., keluarga Baginda serta para sahabat..

Kaifa halukum?
Alhamdulillah, moga sihat2 sahaja..Insya-ALLAH ;)
rasanya lebih 5 bulan blog ini menyepi..
dari after final exam hari itu sampailah lani..huhu,
busy?
dok le sangat..
tapi mula sem 3 ni agak busy lah jugak..
dah ada kelas malam and penempatan agak jauh dari tempat kuliah..
so, balik2 je kecapekan yang amat2 sangat..
ALLAH, hanya Dia Yang Mengetahui..

Em, 
tadi baru balik dari hospital..
adalah urusan yang nak diselesaikan..
mmmmm,
ntah ye, time bile nak pi hospital time tu lah moodnye lain macam.,.
marah? Entahlah..
sedih? Agaklah..kadang2 rasa macam nak mengalir air mata..
melihat orang di sekeliling dengan pelbagai ujian yang dihapinya membuat diri ini bersyukur atas ujian yang diberikan..

ALLAH,
hanya Dia yang mengetahui rasa hati ini..
nak luahkan kat ummi..
tak nak sedih2 depan dia..
kesian ummi,
ujiannya lebih banyak dari aku..

ya,
aku kene kuat..
tak ada sesiapa yang dapat beri aku kekuatan selain diri aku sendiri diatas izin ALLAH s.w.t.
dan aku kene beri kekuatan di atas diriku sendiri untuk orang yang aku sayangi..
Umi,
Ayah,
Abang along,
saudara-mara terdekat,
sahabat-sahabat,
dan orang yang aku kenali..


Muhasabah diri,
itu yang penting..
dengan ujian ini sekurang-kurangnya aku tidak terleka dengan duniawi..
ALLAH s.w.t. mengingatkan aku bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati,
seperti dalam firman-NYA yang bermaksud:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah al-Imran: 185)



ALLAH,
Rahmat dan kasih-sayangMU amat luas,
Engkau tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada sebabnya..
Engkau tahu hamba-MU ini mampu hendak menghadapinya..
Insya-ALLAH, moga Engkau beri kekuatan untuk diri ini ;)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Surah al-Insyirah: 5-6)


ALLAHU RABBI 






*tetap berdiri walau sendiri kerna aku ada Engkau ya ALLAH  ;')






Selasa, 1 Mei 2012

Lawatan Industri 2012 ;)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum semua..=)

hari Jumaat lepas, 20/4 hari tu..
kami sekelas membuat lawatan industri ke Jamirah Food Industries (M) kat Sepang..
Ini adalah salah satu assignment yang mana kami dikehendaki membuat report terhadap sesebuah organisasi industri tersebut.



sampainya di kilang tersebut..rasa macam jakun pulak..
ye lah, bukan pernah dapat lawat industri macam ni..
kalau ada pun masa zaman sekolah dulu-dulu..itu pun sebab ada lawatan sambil blajar..
lama dah, dah tak ingat bile..
lani dah tak dah, siap kene buat report lagi..

ana cerita la serba-sedikit Jamirah Food ni macam mana..
mana tau kan kot-kot dapat pergi lawatan kat sana kan..
heheh..=)

Jamirah Food Industries ini adalah salah satu industri kecil dan sederhana (IKS) di Sepang yang membuat perusahaan kerepek. Pada mulanya ia ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai perniagaan kecil-kecilan atas kerjasama ahli keluarga dan mendapat penghargaan daripada Persijilan Ladang Malaysia sebagai salah satu amalan pertanian yang baik sekaligus diiktirafkan sebagai sdn.bhd pada tahun 2004. Bahan asas pembuatan kerepek adalah ubi keledek, pisang dan kentang.


Kat dalam tu, macam2 jenis kerepek ada..antaranya adalah kerepek ubi pedas, kerepek bawang, keledek, pisang, kacang pis dan lain2 lagi..





meja ni disediakan untuk pengunjung dan pembeli yang ingin merasa kerepek..
time ni lah diorang ni berebut nak makan..
hehe, lawak betol..=p


selesai menemuramah tuan punya kilang tersebut, kami diajak ke bahagian pemprosesan bahan2 kerepek di bahagian belakang..kilang ini amat menitikberatkan soal kebersihan, sebabnya kami dikehendaki memakai selipar untuk masuk ke bahagian proses pembungkusan, pengupasan dan penggorengan.





Selesai je temuramah, kami diajak untuk ke kawasan pemprosesan kerepek. Bermula dari proses pengupasan, pemotongan, bahagian memasak, dan pembungkusan semuanya diterangkan secara detail.


Selepas ronda2 kat bahagian belakang, kami pun kembali ke bahagian hadapan iaitu tempat jual beli kerepek..
Agak banyak juga la jenis kerepek yang dijual sampai tak tahu nak pilih yang mana.. =p
Ada yang dalam plastic, ada juga yang berpeket-peket.
Harganya agak berpatutan, kira sesuai la dengan perasa dan saiz kerepek tersebut..
Em, apalagi borongla kami masing-masing dengan pilihan kerepeknya..
Tapi ana just pilih satu je,
Kerepek bawang kot..selebihnya beli air berkarbonat, terliur pulak tengok air tuh..boleh tahan sedap..hehe ;D

Usai sahaja beli-belah kerepek kat situ, kami pun mengambil gambar untuk kenangan bersama..
Heheh, rasa macam meriah dibuatnya..;)



Inilah kami ;)


       Penat kot, sampai tak perasan orang tangkap gambar..


Naik bas masing-masing buka palstik kerepek yang dibeli..
Haha, lapor punya pasal cepat je habis kerepek tu..tak kisah la perisa apa..
Masing-masing pemurah bagi rasa kerepek dan air..
Terima kasih banyak2 la ye kepada sesiapa yang menyumbang..
Kenyang oden..Alhamdulillah ;D

Tak lama lepas tu suasana dalam bas sepi seketika,
Rupa-rupanya enak dibuai mimpi, terlena tidur..
Penat kot, kesian diorang..
Tapi ana tak lah, bukan nak kata apa..jarang dapat jelajah negeri orang ni..
Memang tak tidur lah jawabnya, asyik tengok pemandangan je..
Lagipula kat dalam kawasan pendalaman..
Best sangat ;)

Tapi kan dalam masa yang sama perut ni berkeroncong jugak,
Alahai..mana la nak cari makanan ni..
Tibe2 pemandu bas tu tanyalah kan mane tau nak pi mana2 ka?..
Ana diam je, al-maklumlah tak tahu-menahu selok-belok kat Selangor ni..
Ada la seorang sahabat ajak pi kat pantai..
Wah, dalam hati best lah tapi tak tahu lagi kan dapat pergi ke tak..
Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak ke destinasi yang nak dituju..
Kat Pantai mane entah, lupa kot..hihihi
Tapi best, dah lame lah tak dapat bersiar-siar dengan kawan lagi-lagi dengan family..rindu, huhu ;(



Tapi sebelum tu, kewajipan kepada ALLAH SWT tidak kami lupakan..
Apa-apa hal pun solat asar dulu..itu yang afdal ;)
Alhamdulillah, selesai solat kami terus pergi ke gerai makanan yang berdekatan..
Masing-masing lapor, macam-macamlah yang dipesan..
Alahai, ada je ragam diorang ni..lawak ;D


Habis je makan, kami pun ke pantai untuk ambil angin..
Subhanallah, cantiknya..^_^
Masya-ALLAH ;)
rasa macam nak duduk je kat sini lama-lama..
Ya ALLAH, kerdilnya hamba-MU ini…;(
Kata orang kalau nak muhasabah diri kita kene tengok pantai atau laut, tak pun pergi ke hutan lihat alam ciptaan ALLAH SWT..
Err, ye ke? Tak pasti pulak..tapi dengarnye macam gitu lah..hihi ^_~

Kesempatan ini, ada la jugak gambar kenangan kat pantai..
Suka tengok diorang..seronok dibuatnya..
Mungkin nak hilangkan stress n tension kot kat U,
Ye lah..macam2 assingnment kitorang kene buat..
Biaselah, adat seorang pelajar..
Tak terlepas dari tanggungjawabnya..
Dan setiap orang pun ada tanggungjawabnya masing-masing..
Tak kisah la pelajar ke, ataupun siapa.. ye tak? hehe ;)


 Cantikkan ciptaan ALLAH S.W.T ini ^_^


 Hehe, sajejer~ ;D



Habis kot citenyer....
Lepas tu balik ke USIM lah..
Assignment duk menunggu nih..
Heheh, ok lah..
ada rezki ana cerite lagi ye..

Assalamu'alaikum ^_^












Khamis, 22 Mac 2012

KEMATIAN ITU PASTI...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamu'alaikum w.b.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga Baginda..

Apa khabar semua?
hope sihat sentiasa..Insya-ALLAH..=)
mungkin tak banyak kot nak cerita,
just certain2 kisah je yang pada ana masih lagi terkesan dalam jiwa ini...
maksudnya...hati ini sebak apabila teringat akan kisah2 ini...

Kisah 1*

Hari itu, ana on the way nak ke hospital atas urusan perubatan,
Sambil2 dengar Radio IKIM.FM kat dalam kereta...terdengar satu berita yang pada ana amat2 mengejutkan dan tersentap seketika...
nak tahu berita apa??
salah seorang penyampai/deejay IKIM.FM, Abdul Razak Arbain disahkan meninggal dunia pada hari Khamis, 7.15 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah. 

Agak sebak juga la apabila mendengar berita tu,
mungkin disebabkan ana suka dengan cara penyampaian dakwah beliau sepanjang menjadi deejay IKIM.FM.

Teringat lagi semasa slot nasyid pilihan, sampaikan ucapan..(tak silap la), dan slot masa hari ahad pagi..(lupa dah slot apa tu) yang mana arwah mengendalikan slot tersebut...
memang tak dinafikan, arwah memang seorang yang amat menjaga hati para pendengar..
percakapannya penuh sopan, dan berhikmah..
yang paling ana tak lupa, pernah sekali arwah mai ke Maahad Johor sebagai host majlis yang mana waktu tu kumpulan syifa' dan salah sorang anggota nasyid Hijjaz membuat persembahan mereka di situ...dan kenangan paling manis sewaktu Karnival Mahabbah IKIM di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru setahun yang lalu..

dan sampai sekarang ni masih terasa lagi arwah menyampaikan dakwahnya di Radio IKIM walaupun pada hakikatnya beliau terlebih dahulu menghadap Illahi..




inilah dia, arwah deejay Abdul Razak Arbain...semoga rohnya tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh, insya-ALLAH, Amiiin....


Kisah 2*

Walaupun dah nak genap setahun kematian pak cik,
ana tetap tak boleh lupa akan tarikh itu...
tarikh yang mana mempunyai kisahnya yang tersendiri yang membuatkan ana amat susah nak melupakan peristiwa tersebut..
biarlah ianya menjadi pengajaran buat ana yang masih lagi diberi pinjaman oleh ALLAH SWT untuk terus hidup lagi di bumi ini..
hati ini amat2 merinduinya apabila teringat akan kelakuan dan sifatnya yang terlalu penyayang dan ringan tulang...
walaupun keadaannya yang begitu dhaif, tapi hatinya sungguh bersih...
ada hikmah apa yang ALLAH SWT takdirkan untuknya..
tatkala kaki ini menjejakkan kaki ke rumahnya,
diri ini masih terbayang akan arwah yang sentiasa tersenyum..
diri ini juga merasakan bahawa arwah seolah-olah 'ada' dan sedang memerhatikan kami..
teringat akan kata-kata ummi...
kalau rindu akan arwah...sedekahkan al-Fatihah dan Surah Yassin untuknya,
sape lagi yang akan menyedekahkan untuknya kalau bukan keluarga yang terdekat...
ya ALLAH, 
ampunkan dosanya, redhailah kehidupannya dan tempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang soleh...Amiin..,


Kisah 3*

Satu masa agak lama la jugak,
ana dapat berita dari seorang hamba ALLAH ini...
katanya salah seorang sahabat yang ana kenali dulu telah pergi menghadap Illahi 2 tahun yang lalu.
Agak terkejut mendengarnya..
Terfikir seketika..
sebab apa??
sakit macam aku ke??
Air mata mula bergenang...
*mula dah think negatif..
dengarnya sebelum meninggal dunia arwah seringkali mengadu pening kepala yang amat sangat..biaselah, effect dari penyakit tu memang ada selain mudah penat dan tidak bermaya..
rupa-rupanya setelah diceritakan ada tumor ( ketumbuhan di kepalanya), dan bila dapat tahu sel-sel kanser sudah mula merebak..
ALLAH, ujiannya lagi berat daripada ujian yang sedang aku hadapi..
patutlah sudah lama tidak berjumpa dan bertemu..
rupa-rupanya ALLAH SWT lebih menyayanginya...


Apabila terkenangkan akan kematian,
diri ini bermuhasabah,
kematian itu tidak mengenal erti lambat dan awalnya masa,
apabila ALLAH SWT telah tetapkan tarikh dan waktunya..maka akan tibalah saat roh kita pergi menghadap Illahi tanpa lebih dan kurangnya waktu walau sesaat..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."

(al-Araf:34) 

dan kematian itu...
tidak semestinya khas untuk orang yang sakit, ataupun seseorang yang sudah lanjut usia..
akan tetapi kematian itu tidak mengenal erti usia dan tahap kesihatan seseorang itu,
bila mana ALLAH SWT sudah tetapkan masanya,
maka jadilah ia..
kita sebagai manusia yang kerdil tidak mampu untuk melawan kuasa dan takdir-NYA..
hanya mampu membuat persediaan untuk menghadapinya..




Wallahu'alam...



Sabtu, 18 Februari 2012

BERAKHIR SUDAH SEM 1......^_~

Assalamu'alaikum...=)
lama sudah tak cerita apa-apa sejak habis final exam hari tu..
habis exam, cuti sat seminggu...lepas tu ada kursus bahasa Arab dan Inggeris..
masa nak mula kursus tu, alahai...berat sungguh hati ini...=.='

Teringat family kat rumah...kucing yang kiut-miut..jalan-jalan kat sawah...=p
adehhh...otaknya fikir ke lain..
Allah, niat dah lain tu...
mujurlah 'abang along' KK1 bagi nasihat kat kami-kami yang junior ni supaya tetapkan niat datang semula ke USIM sempena kursus bahasa ini dengan niat yang betul kerana ALLAH SWT, dan ingin menuntut ilmu.

Em, baiklah 'abang along'.....
Insya-ALLAH...^_^
sedikit demi sedikit hati ini mula menerima kenyataan ini...
Tidak mengapalah, mungkin ada hikmahnya...
Ok, think positive..=)

Minggu first masa kursus bahasa Arab berjalan dengan lancar..
Alhamdulillah...^_^
Rupa-rupanya kursus ini dijalankan untuk mengimbas balik pelajaran yang telah belajar masa Sem 1 dulu...
Bila diteliti sama ja dengan silibus masa STAM dulu...
jadi rasa tak kekok la masa belajar...dan Alhamdulillah,...sahabat-sahabat ana memberi respon yang sangat positive tak kira la semasa presentation atau kerja dalam berkumpulan..
kursus ni yang paling menariknya setiap kali nak mula kelas, kami dikehendaki menyanyikan 2 buah lagu arab dan diwajibkan untuk menghafalnya...
wah, macam tak syok pulak kan time tu...^_~
first2 dengar...
em, boleh tahan la...
tapi dah lame2 tu macam best la pulak nyanyi beramai-ramai..hee..=p
alahai, macam-macam ragam dia orang ni...
dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang lirik lagu dan muziknya...
tak boleh nak lupa dah...^_^

last hari kursus bahasa Arab...
1 tugasan yang kami kene buat adalah persembahan boria dalam bahasa Arab..
alahai, teringat la pulak time last boria mase tadika dulu..huhu, budak kecik...tak kisah pun...
ingatkan tak nak sertai disebabkan lama dah tak buat persembahan atas pentas...malu kot =p...wuu~
tapi tak boleh dah...semua diwajibkan sertai..
apa lagi, berlatih la kami...
liriknya pun kami sekelas yang reka sendiri..
urm, entah ap2 entah yang merepek...
tak kisah la, yang penting ada mesej yang nak disampaikan..

Time nak buat persembahan tu agak tercabar juga la..
kelas lain masing2 hebat dengan tarian, keseragaman dan muziknya tapi yang kurangnya suara mereka tenggelam dek kerana muzik yang terlalu kuat...
Agak malu dan segan apabila buat persembahan kat atas pentas berhadapan dengan orang ramai...
lagi la berdiri di barisan paling hadapan sekali..
ALLAH, berdebar-debar rasanya...
waduh...~

Penghabisnya yang jadi juara just choral speaking je...
Sedihnya...huhu..;(, tapi nak buat macam mana...dah tak ada rezki...
Tidak mengapa, at least pun ada juga la pengalaman persembahan boria dalam bahasa Arab...



*haa, ni just tumpang hamper juara je...dapatlah walaupun kejap..hehe..=p*


Habis je penyampaian hadiah, maka berakhirlah kursus bahasa Arab tu...
kejap je rasanya...
Lepas ni kursus bahasa Inggeris pulak..
Erm....
jelesnye tgk dia orang yang hebat2  BI beransur-ansur pulang ke rumah..
Adehhh~
sabar je la...
Innallaha ma'ana...
*saje nak tenangkan hati tu* =.='

Hari first kursus BI...
mood: kurang ok...

Hari kedua, mood: yeah, semangat...
Alhamdulillah...=)
bukan apa, teacher yang ajar kami amat2 lah ceria dan mesra..
hubungan kami tak ubah macam akak dan adik ataupun kawan-kawan..
tapi, walaupun begitu...kami tetap menghormatinya sebagai seorang guru yang mempunyai ilmu yang sangat hebat...Masya-ALLAH..^_^

Sekejap je dah nak habis kursus bahasa Inggeris...
Alhamdulillah, tiada stress yang berlaku...hehe...=p
malah rasa semangat nak study BI dengan lebih tekun lagi...
*iye ke??*

Erm, tak ada gambar la nak tunjuk gambar kelas ana..
tak dop kamera...huhu, cian kan...wee~

Tapi, just nak cerita je...
Kejapnyeeeeeee sem 1 ni...
banyak sangat kenangan...
yang sedihnya kelas sem 2 yang akan datang ni ada yang terpisah p kelas lain...
huhu, sedih kan...>_<
tapi ok la...kami still lagi dapat jumpa tiap2 hari walaupun kelas dah lain...




ni gambar tak formal..ada lagi sebenarnya...tapi just 1 je yang ana boleh tunjukkan..hehe..=)





eh, mana Masitah??




haa, tuu diaa....hehehh....time ni takd kelas..sajeje amik angin berlatar belakangkan hutan bersebelahan dengan Tol Plus..
em, jadilah....=p


dan..
result sem 1 baru je keluar...
Alhamdulillah, memuaskan la juga walaupun tak berapa nak tinggi...
tapi tidak berada dalam zon selesa..=.='
Bersyukurlah, dan pasti ada hikmahnya apa yang berlaku...
Sikit-sikit dulu naik...mane tau sem 2 nanti rezkinya naik lagi..cume kene usaha lebih dari sem 1...
Insya-ALLAH....


ALLAH, mata dah ngantuk dah...
ok lah, lewat sangat ni nak tidur...
semoga bertemu lagi,
Insya-ALLAH...^_^
Wassalam....