Khamis, 22 Mac 2012

KEMATIAN ITU PASTI...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamu'alaikum w.b.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga Baginda..

Apa khabar semua?
hope sihat sentiasa..Insya-ALLAH..=)
mungkin tak banyak kot nak cerita,
just certain2 kisah je yang pada ana masih lagi terkesan dalam jiwa ini...
maksudnya...hati ini sebak apabila teringat akan kisah2 ini...

Kisah 1*

Hari itu, ana on the way nak ke hospital atas urusan perubatan,
Sambil2 dengar Radio IKIM.FM kat dalam kereta...terdengar satu berita yang pada ana amat2 mengejutkan dan tersentap seketika...
nak tahu berita apa??
salah seorang penyampai/deejay IKIM.FM, Abdul Razak Arbain disahkan meninggal dunia pada hari Khamis, 7.15 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah. 

Agak sebak juga la apabila mendengar berita tu,
mungkin disebabkan ana suka dengan cara penyampaian dakwah beliau sepanjang menjadi deejay IKIM.FM.

Teringat lagi semasa slot nasyid pilihan, sampaikan ucapan..(tak silap la), dan slot masa hari ahad pagi..(lupa dah slot apa tu) yang mana arwah mengendalikan slot tersebut...
memang tak dinafikan, arwah memang seorang yang amat menjaga hati para pendengar..
percakapannya penuh sopan, dan berhikmah..
yang paling ana tak lupa, pernah sekali arwah mai ke Maahad Johor sebagai host majlis yang mana waktu tu kumpulan syifa' dan salah sorang anggota nasyid Hijjaz membuat persembahan mereka di situ...dan kenangan paling manis sewaktu Karnival Mahabbah IKIM di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru setahun yang lalu..

dan sampai sekarang ni masih terasa lagi arwah menyampaikan dakwahnya di Radio IKIM walaupun pada hakikatnya beliau terlebih dahulu menghadap Illahi..




inilah dia, arwah deejay Abdul Razak Arbain...semoga rohnya tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh, insya-ALLAH, Amiiin....


Kisah 2*

Walaupun dah nak genap setahun kematian pak cik,
ana tetap tak boleh lupa akan tarikh itu...
tarikh yang mana mempunyai kisahnya yang tersendiri yang membuatkan ana amat susah nak melupakan peristiwa tersebut..
biarlah ianya menjadi pengajaran buat ana yang masih lagi diberi pinjaman oleh ALLAH SWT untuk terus hidup lagi di bumi ini..
hati ini amat2 merinduinya apabila teringat akan kelakuan dan sifatnya yang terlalu penyayang dan ringan tulang...
walaupun keadaannya yang begitu dhaif, tapi hatinya sungguh bersih...
ada hikmah apa yang ALLAH SWT takdirkan untuknya..
tatkala kaki ini menjejakkan kaki ke rumahnya,
diri ini masih terbayang akan arwah yang sentiasa tersenyum..
diri ini juga merasakan bahawa arwah seolah-olah 'ada' dan sedang memerhatikan kami..
teringat akan kata-kata ummi...
kalau rindu akan arwah...sedekahkan al-Fatihah dan Surah Yassin untuknya,
sape lagi yang akan menyedekahkan untuknya kalau bukan keluarga yang terdekat...
ya ALLAH, 
ampunkan dosanya, redhailah kehidupannya dan tempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang soleh...Amiin..,


Kisah 3*

Satu masa agak lama la jugak,
ana dapat berita dari seorang hamba ALLAH ini...
katanya salah seorang sahabat yang ana kenali dulu telah pergi menghadap Illahi 2 tahun yang lalu.
Agak terkejut mendengarnya..
Terfikir seketika..
sebab apa??
sakit macam aku ke??
Air mata mula bergenang...
*mula dah think negatif..
dengarnya sebelum meninggal dunia arwah seringkali mengadu pening kepala yang amat sangat..biaselah, effect dari penyakit tu memang ada selain mudah penat dan tidak bermaya..
rupa-rupanya setelah diceritakan ada tumor ( ketumbuhan di kepalanya), dan bila dapat tahu sel-sel kanser sudah mula merebak..
ALLAH, ujiannya lagi berat daripada ujian yang sedang aku hadapi..
patutlah sudah lama tidak berjumpa dan bertemu..
rupa-rupanya ALLAH SWT lebih menyayanginya...


Apabila terkenangkan akan kematian,
diri ini bermuhasabah,
kematian itu tidak mengenal erti lambat dan awalnya masa,
apabila ALLAH SWT telah tetapkan tarikh dan waktunya..maka akan tibalah saat roh kita pergi menghadap Illahi tanpa lebih dan kurangnya waktu walau sesaat..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."

(al-Araf:34) 

dan kematian itu...
tidak semestinya khas untuk orang yang sakit, ataupun seseorang yang sudah lanjut usia..
akan tetapi kematian itu tidak mengenal erti usia dan tahap kesihatan seseorang itu,
bila mana ALLAH SWT sudah tetapkan masanya,
maka jadilah ia..
kita sebagai manusia yang kerdil tidak mampu untuk melawan kuasa dan takdir-NYA..
hanya mampu membuat persediaan untuk menghadapinya..




Wallahu'alam...